Rancang culik DS Najib dan tiga bekas menteri, tiga lelaki dihukum penjara

Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan lapan tahun terhadap tiga individu yang merancang untuk menculik orang kenamaan.

Lelaki Indonesia Ali Saifuddin, 32, dan dua bekas tentera Nor Azmi Jailani, 32, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, didakwa mahu menculik Datuk Seri Najib Razak dan tiga bekas menteri.

Didakwa kerana berkomplot mempromosi keganasan, mereka juga mahu menculik tiga bekas menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin.

Keputusan mahkamah diputuskan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabidin Mohd Diah dan Datuk Has Zanah Mehat secara sebulat suara, lapor Harian Metro.

Semua tertuduh membuat sujud syukur di luar kandang pesalah sebaik sahaja keputusan dibaca. Sebahagian ahli keluarga mereka mengalir air mata dan berpelukan.

Hukuman bermula pada tarikh tangkapan iaitu 5 April 2015. 

Jabatan Peguam Negara fail afidavit Adib tak dipukul

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Kuil Mariamman Seafield hari ini menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner menolak permohonannya untuk menjadi pemerhati dalam inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Peguam, M Visvanathan, yang mewakili jawatankuasa itu berkata, anak guamnya menarik balik rayuan itu berdasarkan afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara pada 3 April.

Beliau berkata, afidavit itu, yang disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Hamdan Hamzah, menyatakan kematian Adib bukan akibat dipukul oleh mana-mana orang.

Afidavit itu turut menyatakan pakar patologi forensik memberi keterangan dalam prosiding inkues bahawa kecederaan yang dialami Adib, sehingga membawa kepada kematiannya, bukan kecederaan akibat dipukul.

“Anak guam saya berpuas hati dengan kandungan dalam perenggan 5 dan 6 afidavit itu yang disahkan oleh DPP Hamdan Hamzah dan kami mengesahkan perkara ini menerusi afidavit kami yang difailkan pada 12 April,” kata Visvanathan kepada Bernama.

DPP Hamdan yang hadir bersama-sama DPP Mohd Dusuki Mokhtar tidak membantah penarikan balik itu.

Jawatankuasa petugas kuil itu turut menarik balik permohonannya bagi penangguhan inkues sementara menunggu rayuannya bagi penangguhan itu selesai.

Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara menarik balik permohonannya untuk membatalkan rayuan jawatankuasa kuil berkenaan.

Panel 3 anggota Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Umi Kalthum Abdul Majid, Harmindar Singh Dhaliwal dan Steven Chung Hian Guan kemudianya membatalkan rayuan serta permohonan tersebut.

Jawatankuasa bertindak kuil berkenaan memfailkan permohonan semakan kehakiman supaya peguamnya dibenarkan menjadi pemerhati dalam inkues itu dengan mendakwa bahawa ia adalah “pihak berkepentingan” dalam inkues berkenaan.

Pada 31 Januari tahun ini, Koroner Rofiah Mohamad menolak permohonan jawatankuasa itu atas alasan ia tidak mempunyai kepentingan yang jelas, substantif dan munasabah.

Rayuan jawatankuasa tersebut juga ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Februari tahun ini.

Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman Seafield pada 27 Nov lepas.

Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Dis. – FMT

http://pakdin.my/tag/muhammad-adib

TV AL-HIJRAH: “ANALISIS: TABUNG HAJI: HIBAH ATAU HIBA?” – Datuk Zaiton & Dato’ Dr Daud VS Najib Saahari & Rakyat [Video]

Dari status FB Finaz Yunus: “Buat mereka yang menonton untuk mencari salah, PASTI kesalahan akan menjadi bahan utama status FB mereka 😁”

Saya terasa. Guilty.

It may have been a coincidence that the programme was aired the night before PRK Rantau but it did not have an impact that PH desired. Rakyat dah cerdik termasuk anak muda.

At the beginning of the video, Finaz said:

“Mujahid Yusof Rawa mendedahkan akaun Tabung Haji yang diaudit berakhir 31 Disember 2017 telah merekodkan aset kesuluruhan berjumlah RM70.3b manakala liabiliti adalah RM74.4b. Ini bermakna jumlah liabiliti telah melebihi aset dan pemberian hibah sebanyak 6.25% pada tahun tersebut juga telah melanggar Akta TH 1995. Bekas pengerusi Tabiung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim bagaimanapun tampil mempertahankan bahawa badan itu membayar hibah kepada pendeposit mengikut syarat yang ditetapkan. Jelas beliau, laporan kewangan sejak 2015 hingga 2017 telah mencatatkan lebihan aset berbanding liabiliti. Jadi, sebagai rakyat sudah pasti kita bingung mana satu yang betul ni dan bersandarkan kekeliruan yang berpanjangan ini lah kami bawa topik Tabung Haji buat kali ketiga tahun ini.”

This is a half-truth or lie that PH keeps repeating: that TH had declared hibah despite liabilities exceeding assets in past years. PH’s well known tactic is to keep repeating the same lie until it becomes the truth in people’s minds.

The amount recorded in the accounts was RM70.3b but the Realisable Asset Value (RAV) was RM74.7b therefore ASSETS EXCEEDED LIABILITIES. Mujahid juga membohong bahawa hibah bagi tahun 2017 telah melanggar Akta TH 1995. The realistic value of assets would be the RAV and not the book value for the purpose of hibah. That would be in accordance with and in the spirit of Akta Tabung Haji FOR THE BENEFIT OF DEPOSITORS. It is also common sense.

In this respect, Najib Saahari correctly pointed out Section 22(2)(a) Akta TH 1995:

“… aset Kumpulan Wang tidak kurang daripada jumlah liabiliti Kumpulan Wang, amaun yang kena dibayar kepada pendeposit dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta…”

This means use the realisable value. This means using RAV is correct and not in breach of Akta TH. If, for example, an asset is stated at cost of RM10 million in the accounts but the market value is RM15 million, what should you expect to receive if you were to sell it? Yes, it would be RM15 million i.e. the realisable value. Only an idiot would sell it at RM10 million. If the book value of your assets is RM10 million (due to accounting standards) but the Realisable Asset Value is RM15 million and your liabilities are RM12 million, do the value of your assets exceed or not exceed your liabilities? Yes, you would say the value of your assets exceed your liabilities by RM3 million unless you are a brainless mahacai. A brainless mahacai will say liabilities exceed assets by RM2 million because he is willing to sell the assets for RM10 million instead of RM15 million.

Sebab itu Kerajaan PH dan Mujahid tolak desakan tubuh RCI untuk siasat dakwaan mereka terhadap pengurusan TH yang lama.

It has to also be stressed that the previous TH management had been consistent in the use of RAV whereby although certain investments (e.g. THHE and Pelikan) were not impaired in the accounts, they were impaired for the purpose of arriving at RAV i.e. lower than book value, meaning less distributable profit and hibah.

If the previous TH management was dishonest or unethical, the book value per accounts (higher than RAV) would have been used. So even though in the audited accounts those investment were not impaired, they were impaired in arriving at RAV. On the other hand, the action of the new TH management and MOF are very questionable transferring assets to SPV at book value instead of RAV, which is why the proposed Sukuk and RCPS-I faced a valuation problem (and the RCPS-I was subsequently aborted).

ADAKAH HIBAH TAHUN2 LEPAS HARAM?

FINAZ [5:53]: “Ini antara kekeliruan banyak pihak. Adakah benar, Datuk, pemberian hibah 4 tahun berturut-turut ini menyalahi Akta Tabung Haji sedangkan yang memperakui akaun, yang mengaudit laporan kewangan [adalah] Jabatan Audit Negara, dan dibentangkan di Parlimen. Komen Datuk bagaimana?”

ZAITON: “Ahhmmm… kita tidak komen apa… uhh… uhhh… kata orang tu fakta-fakta yang diambilkira bila keputusan lama dibuat. Tetapi setelah kami semak semula akaun tersebut, memang kami dapati 4 tahun berturut-turut memang aset itu kurang dari liabiliti. Itu pendapat… [ ]… bila kita tengok balik akaun tu… memang… memang jelas.”

Zaiton tidak menjawab soalan samada hibah tahun-tahun lepas menyalahi atau tidak menyalahi Akta TH. Beliau hanya mengatakan akaun menunjukkan aset tidak melebihi liabiliti.

If Zaiton had read the past Annual Reports (2015 and 2016) she would have known that among the factors considered was the REALISABLE ASSET VALUE (RAV) of those assets. Faktor RAV ini juga telah diambilkira oleh Jabatan Audit Negara dan Ernst & Young. Kenapa Zaiton tidak boleh komen faktor2 yang diambilkira oleh pengurusan TH yang lama? Sebab tak baca Laporan Tahunan dan board minutes atau sebab memang tidak menyalahi Akta TH?

Kalau benar menyalahi Akta TH, ia adalah kesalahan besar dan RCI perlu ditubuhkan untuk menjalankan siasatan berdasarkan dakwaan tersebut kerana ia juga melibatkan integriti Jabatan Audit Negara. Siasatan RCI juga akan membantu untuk memastikan kaedah yang mana satu lebih tepat (book value atau RAV) untuk menilai aset bagi tujuan pemberian hibah.

REALISABLE ASSET VALUE (RAV)

Najib explained why the use of RAV was justified but Zaiton could only respond with waffle.

ZAITON [14:30]: “Realisable Asset Value mesti dizahirkan dalam Penyata Akaun. Masalahnya RAV tersebut tidak dizahirkan. Kalau kita tengok akaun.. ahh… pada penghujung 2017, aset RM70 billion, pendeposit RM74 billion, negative reserve. Reserve negative ni kalau rugi lah ya, kalau untung, positif – ditolak daripada balance deposit tadi. Mana boleh kita tolak? Itu bukan kita punya modal. Itu duit pendeposit. Jadi kerugian tidak boleh ditolak dari duit pendeposit. Itu masalahnya. Dan itu kalau kita semak akaun 2017, di mana Realisable Asset Value tersebut? Tidak dizahirkan dalam akaun.”

FINAZ concluded: “Itu masalahnya, tidak dizahirkan”

Sebab tidak dizahirkan dalam akaun? What kind of answer is that? Sepatutnya Zaiton cuba memberi jawapan berdasarkan tafsiran Akta TH, yang tidak langsung menyatakan “Realisable Asset Value mesti dizahirkan dalam Penyata Akaun”.

Nonetheless, if you look at the Annual Reports of 2015 and 2016, the RAV is mentioned in “Ulasan Operasi” i.e. ia “dizahirkan”. Zaiton was not lying that RAV for 2017 “tidak dizahirkan dalam akaun” but it was a deceptive half-truth which is as good as a lie. Ia tidak dizahirkan di dalam penyata akaun tidak bermaksud ia tidak wujud.

In this respect, a very important point to note is that TH has not published its 2017 Annual Report (Laporan Tahunan) – only the statutory Financial Statements (Penyata Akaun) with limited information was published but not the Annual Report.

This is what was mentioned in the 2015 and 2016 Annual Reports:

“… the Realisable Asset Value (RAV) as at 31 December 2015 stood strong at RM64.74 billion…” – Ulasan Operasi, Laporan Tahunan TH 2015 page 127

“TH Realisable Asset Value (RAV) as at 31 December 2016 remained strong at RM67.90 billion…” — Ulasan Operasi, Laporan Tahunan TH 2015 page 102

(Rujuk gambar).

Mana Laporan Tahunan 2017? Kenapa takut nak publish dan bentang di Parlimen?

I tried to obtain at least the draft 2017 Annual Report (which had been done by the previous management) but was told that it was under OSA. (Can anyone verify this? Najib, tolong tanya Aunty Ton. She gave you her mobile number kan?). The statutory financial statements does not contain additional useful information and commentaries that would have been provided in the Annual Report like in previous years.

Why would the Annual Report be under OSA instead of being published and tabled to Parliament as has been done every year and, I believe, as required by Pekeliling Perbendaharaan PA3.1? The answer is obvious: Because they don’t want the public to have information that would officially contradict PH’s malicious allegations.

ROSOT NILAI (IMPAIRMENT) TAHUN 2018

ZAITON [16:11]: “Sebenarya kejatuhan nilai pelaburan TH tidak bermula dari tahun 2018. Ia bermula dari tahun 2012. Saya beri contoh. Kita beli Felda Global di tahun 2012 RM4.62. Di akhir tahun 2014 ia telah jatuh ke RM2.18. Di akhir tahun 2016 ia jatuh kepada RM1.55 ya. Jadi bila datang 2018 bila kita buat rosot nilai dia cumulative. Daripada sebelum sebelum ni tak buat, sekali buat. Itu yang impact dia besar. So kejatuhan tidak kerana 2018 ya. Kita terpaksa tengok nilai sebenar Realisable Asset Value pada 2018. Ini ikut Financial Reporting Standard. Financial Reporting Standard ni sebenarnya cuma cermin — cermin menunjukkan kalau hari ini kalau saya nak.. uhh… bubarkan semua aset dan saya nak kembalikan duit deposit secara serta merta — seperti yang dikatakan Encik Najib tadi — saya kena jual aset saya. Saya jual aset saya, saya dapat RM70b. Tapi tanggungan saya kepada pendeposit RM74b. Jadi saya nak bayar pendeposit macam mana? Itu persoalannya ya. Jadi, jatuh 2018 itu cuma satu contoh. Saya boleh bagi contoh2 lain dalam aset Tabung Haji tapi kita tak cukup masa ya. Tapi contoh yang paling ketara ialah Felda Global itu sendiri sudah jatuh dari 2012 jadi jangan salahkan 2018.”

Lie #1: Zaiton said that impairment on FGV was made only in 2018. The truth is that the 2017 accounts had indeed included impairment not only in the accounts but also in computing RAV for the purpose of hibah.

Lie #2: Zaiton also lied that when she said “Saya jual aset saya, saya dapat RM70b”. She correctly said “terpaksa tengok nilai sebenar Realisable Asset Value (RAV)” but then subsequently follos up with a lie or an error when she said, “saya dapat RM70b” because the RAV was actually RM74.7b. Beliau mengaku RAV adalah asas yang betul bila jual aset tapi membohong bila mengatakan akan dapat RM70b – angka RAV yang betul adalah RM74.7b bukan RM70b. RM70b adalah book value, bukan RAV. Maka kalau jual aset, TH akan dapat RM74.7b bukan RM70bn. Mudah faham kenapa saya kata beliau membohong?

PROPOSED SUKUK FAILED THE SPPI (Solely Payments of Principal and Interest) TEST

There is an accounting problem with the proposed Sukuk and Zaiton failed to answer Najib’s point that based on the original terms of the Sukuk, it would fail the SPPI test. The new TH management made a huge blunder thinking that they could wipe out negative reserves from the Balance Sheet by creative accounting vis-à-vis transfer of assets (at book value) to the SPV in return for Sukuk and RCPS-I totalling RM19.9 billion with (i) no periodic cashflow (ii) no government guarantee and (iii) underlying value of assets worth RM10 billion less than the Sukuk and RCPS-I.

Zaiton gave a flimsy and false argument to counter Najib’s assertion that the Sukuk would fail the SPPI test. Najib correctly said that the Sukuk’s value of RM19.9b was questionable because of the lack of periodic and regular cashflow of principal and interest. Zaiton rebutted by claiming that the Sukuk had a yield. Yield? Does Zaiton not realise that sukuk with a proposed yield of even 30% would fail the SPPI test if there is no certainty of cashflow? It is not about yield on paper but CASHFLOW.

In hoping that the rakyat would not judge prematurely, she then accidentally shot herself in the foot when she arrogantly said the Sukuk had not yet been issued. She actually dug a bigger hole for herself.

ZAITON [26:45]: “I think ini sebenarnya prasangka. Sebab sukuk tersebut belum issue pun. Sukuk tersebut akan diterbitkan sebelum akhir bulan Mei 2019. Jadi untuk kita kata benda tu tidak dalam dokumen, dokumen tu belum dibuat pun. Itu adalah jangkaan. Kita belum tahu lagi. Itu setakat speculation. Kita tak tahu ya.”

Eh? What??? Assets were transferred to the SPV under Lim Guan Eng’s charge before the Sukuk was issued? Which means, the amount is just a receivable in TH’s accounts without any contractual obligations and no guarantee of getting full payment. (Remember TH’s media statement that the Sukuk and RCPS-I would not be guaranteed by government).

So Najib was spot on to say that the government was not legally bound to make good the amount that the SPV is unable to pay TH but yet the assets have already been transferred. Zaiton even said “Kita belum tahu lagi ya”. Bagus lah tu, transfer aset walaupun tak tahu samada akan terima bayaran penuh dan tak tahu nilai Sukuk yang akan memberi kesan besar kepada pendeposit.

Najib was correct based on what TH / PH government had announced to the public. But u-turns will of course be welcome. Until then, it is a fact that the sukuk would fail the SPPI test and would be impaired by about RM10b and it’s all too obvious this is the main reason the RCPS-I was aborted and the issue of Sukuk delayed.

Zaiton then tried to justify the RM19.9b value of the proposed Sukuk by giving verbal assurance that the government would come up with the money but air liur is worthless. Of course now we hear that the government will pump in RM17.8 billion but this is to cover their own blunder in managing TH and the economy and has nothing to do with TH’s past performance pre-GE.

Anyway, they are now in a spot because this issue has been exposed publicly, so they have no choice but to change or come up with new terms and conditions of the transfer of assets and Sukuk such that TH will get their full RM19.9b. Otherwise they will be cursed by the Muslim community for their deception, false promises and lies – just another reason that PH will be only a one term government.

So well done Najib for forcing the issue. Exposing this on TV may have saved TH from losing RM10 billion if TH and PH are not too proud to rectify their blunder even if they won’t admit to it.

These bunch of clowns were so confident that their over-simplistic creative accounting scheme would work that they transferred the assets even before the Sukuk and RCPS-I were issued. They only realised they were in trouble when they were told that the Sukuk and RCPS-I would have to be impaired. TH would merely be replacing a big hole with an even bigger hole. How so? Remember that the assets vs liabilities deficit was only RM4.1 billion at end 2017. Since PH took over, they have caused the deficit to grow to RM10.9 billion. Therefore, at this time, TH accounts would show an amount due from SPV (unsecured receivable) of RM19.9 billion. Already the RCPS-I has been aborted and they are now cracking their heads to amend the T&Cs of the Sukuk to avoid impairment of RM9.9 billion. What was once a negative reserve of RM4.6 billion on “Assets available for sale” has ballooned to a negative reserve of RM9.9 billion due to the Sukuk. So much for the purpose of the SPV being to clean up the Balance Sheet. B***h nak m****s.

ROSOT NILAI TAHUN 2018 TERUK SEBAB SEBELUM INI ROSOT NILAI TIDAK DIZAHIRKAN DALAM AKAUN?

ZAITON [29:08]: “Kita tidak mengatakan 2018 tak jatuh langsung. Memang ada sebab tak semua aset dapat dipindahkan kepada SPV. Ada aset2 yang kami simpan yang terus ada rosot nilai dan kami membuat rosot nilai tersebut dalam akaun memang akan nampak. Jadi kami tak pernah kata takde. Tapi kebanyakan rosot nilai adalah macam saya kata tadi adalah dari 2012 tadi. So kita tidak boleh letakkan terus ke 2018. 2018 memang nampak teruk sebab di situ kita membuat penzahiran yang pertama baru orang tahu sebenarnya aset TH tu apa. Sebelum ini tak dizahirkan. Jadi benda tu macam sesuatu yang dah lama di situ tapi tak nampak. Jadi bila kita zahirkan itu sebab 2018 baru nampak segalanya. Dan tanpa pindahan ke SPV tersebut wallahua’lam lama tak dapat bayar hibah pun.”

This is an incredible lie. She claims that no impairment had been made since 2012. What a massive lie.

How do you think reserves became negative? Yes, due to impairment.

2015: Reserves = -RM4.0 billion
2016: Reserves = -RM4.5 billion
2017: Reserves = -RM4.6 billion, Deficit (assets vs liabilities) = RM4.1 billion
2018: Deficit = RM10.9 billion

The negative reserves each year was due to impairment being made. The RM4.1 billion deficit is primarily due to the IMPAIRMENT on assets (yes, including impairment on FGV so Zaiton lied when she gave FGV as an example of an asset not being impaired until only 2018).

The fact is that out of the RM10.9 billion deficit, RM6.8 billion happened during their watch. TH management and PH government are collectively accountable for RM6.8 billion of the deficit. And Zaiton had the gall to lie that “kebanyakan rosot nilai adalah macam saya kata tadi adalah dari 2012 tadi. So kita tidak boleh letakkan terus ke 2018”. Yang mana adalah “kebanyakan” – RM4.1 billion atau RM6.8 billion? Mahacai yang tidak berakal akan jawab RM4.1 billion sebab taksub politik.

SUMMARY

(i) Mujahid membohong pemberian hibah pada tahun-tahun lepas menyalahi Akta Tabung Haji 1995. Aset melebihi liabiliti berdasarkan RAV aset. Pemberian hibah tahun2 lepas adalah halal. Khalid Samad bodoh nak mampus mengatakan hibah pada tahun-tahun lepas adalah “advance payment”.

(ii) Zaiton buat-buat tak tahu RAV adalah fakTor diambilkira untuk aset bagi tujuan pemberian hibah. Beliau juga tidak berani menyatakan ia menyalahi atau tidak menyalahi Akta TH 1995. (Jabatan Audit Negara dan Ernst & Young berpendapat tidak menyalahi Akta TH).

(iii) Zaiton membohong rosot nilai (impairment) tidak pernah dibuat sejak 2012 oleh pentadbiran lama dan kononya dibuat pada kali pertama dalam tahun 2018.

(iv) Zaiton membohong atau jahil mengatakan aset jika dijual akan dapat RM70.3 billion (book value) manakala realisable value adalah RM74.7 billion.

(v) Defisit berkembang dari RM4.1 billion (2017) KEAPDA RM10.9 billion pada penghujung tahun 2018 — the new TH management and PH government are accountable for the additional RM6.8 billion deficit. Najib Saahari agreed that 1.25% was all TH could afford to declare due to TH’s miserable financial performance, which is also largely due to PH’s incompetence in economic management and government administration.

(vi) As it stands, the proposed Sukuk fails the SPPI test, which would result in up to RM10 billion in impairment, which would defeat the whole purpose of selling the assets to the SPV to clean up the Balance Sheet. Indeed the Balance Sheet is worse than before. Tetapi Zaiton kata kita belum tahu lagi sebab dokumen Sukuk belum siap. Tapi aset telah dipindahmilik kepada SPV. Hebat.

(vii) Kerajaan PH dan Mujahid tolak desakan tubuh RCI sebab takut kebenaran.

Tahniah Najib Saahari. If only you were given more time.

Oleh Azmi Arshad

Rakaman video TV AlHijrah Zaiton & Daud vs Najib

LIHAT video: https://youtu.be/RAAoPZgnkqI

…………

ECRL: Mahathir dan PhDAP jangan sumbat rakyat dengan propaganda cetek

PH sebenarnya tidak perlu menunjukkan ia lebih baik dari BN dalam aspek pengurusan kos pembinaan ECRL. Sebaliknya PH perlu menjawab isu yang lebih fundamental dengan penuh tanggungjawab, antaranya:

1. PH perlu memberi kewajaran mengapa projek mega ECRL, khasnya di kala hutang negara melebihi RM700 bilion, diteruskan?

2. Adakah projek itu perlu dan sesuai dilaksanakan sekarang?

3. Adakah ia keutamaan utama negara buat masa ini?

4. Adakah ia projek yang menguntungkan atau boleh memberi pulangan yang adil/baik kepada Malaysia?

5. Apakah tiada alternatif yang lebih baik dan murah tanpa meminjam dari China, contohnya dengan menyambung Highway LPT dari Terengganu ke Kelantan?

6. Bagaimana rakyat boleh dapatkan perincian projek ini secara telus untuk tujuan semakan umum?

7. Bagaimana kerajaan boleh yakini rakyat projek mega ini bebas dari penyelewengan?

8. Bagaimana keupayaan kita untuk membuat pembayaran keseluruhan projek ini nanti?

9. Apakah kos sosial dan persekitaran yang terlibat/terkesan?

10. Bagaimana projek ini boleh membantu Malaysia mencapai status negara maju berbanding kita mengadakan projek-projek lain?

11. Apakah trade-off projek ini?

Kerajaan yang demokratik perlu proaktif dan mengambil tanggungjawab dalam memberikan justifikasi secara terbuka dan telus kepada rakyat. Memimpin negara dengan standard keilmuan yang tinggi dengan menyediakan argumentasi yang bernas dan pertimbangan yang adil buat rakyat dan negara. Tidak sesekali menyumbat rakyat dengan figura yang kosong dan propaganda yang cetek.

http://pakdin.my/tag/ecrl

Railwaymen Union Malaysia (RUM) semakin terdesak #RelevankahRUM?

Nampaknya Railwaymen Union Malaysia (RUM) semakin terdesak, kini mereka serang pula Perbadanan Aset Keretapi (RAC) #RelevankahRUM?

Kami di #KLChronicle sudah dua kali menulis tentang Railwaymen Union Malaysia (RUM), terutamanya tentang sikap kepimpinan RUM yang dilihat membawa sentimen anti kerajaan Pakatan Harapan. Ini boleh dibuktikan dengan tiga (3) kenyataan baru yang dikeluarkan oleh pihak RUM dimana mereka telah menyerang serta mengkritik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang diberi tanggungjawab oleh pihak kerajaan.

Kenyataan KL Chronicle:

Artikel Pertama:  http://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/03/masih-relevankah-railwaymen-union-of.htmlhttp://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/03/masih-relevankah-railwaymen-union-of.html
Artikel Kedua: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/04/rum-jangan-cuba-sabotaj-usaha-kerajaan.html

Tiga artikel RUM yang menyerang RAC boleh dibaca disini : https://www.facebook.com/pg/suararum/posts/?ref=page_internal

Bagi mereka yang tidak tahu dan sebagai peringatan kepada kepimpinan RUM, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju. Secara sejarahnya, Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992.

Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.

Akta ini dengan jelas mengatakan bahawa:

1. Segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC.

2. Operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.

Perkara ini sangat jelas dan sudah termaktub dalam undang – undang negara. Tetapi malangnya pihak RUM masih tidak faham, atau buat – buat tidak faham tentang perkara ini dan terus menerus menyerang RAC walhal Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sudah memberikan sepenuh mandat kepada RAC untuk menjalankan amanah yang diberikan kerajaan kepada mereka.

Antara serangan RUM terhadap RAC, dan boleh kami katakan juga terhadap kerajaan adalah:

1. Konon-nya RAC gagal memainkan peranan kerana menjalankan tanggungjawabnya dengan hanya melaksanakan proses kerja berdasarkan sewa dan pajakan, sewa dan pajakan hanya mendatangkan hasil yang tidak lumayan pada kantung RAC.

2. RAC telah jauh tersasar dari matlamatnya dengan mencampuri urusan KTMB.

Dua cerita dongeng yang dibawa oleh RUM ini adalah merapu semata – mata. Pertama sekali, RAC melaksanakan proses kerja berdasarkan Akta Keretapi 1991 iaitu segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC. Jadi tanggungjawab sudah diberi oleh kerajaan kepada RAC untuk menguruskan perkara ini. RUM kalut kenapa?

Kedua, cerita dongeng bahawa RAC telah jauh tersasar dari matlamatnya dengan mencampuri urusan KTMB. Ini juga merupakan satu kenyataan merapu dari RUM. Sebagai bukti, sehingga hari ini YB Menteri Pengangkutan langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa RAC masuk campur atas urusan KTMB, jadi mana RUM mendapat informasi ini dan jika benar kenapa perkara ini tidak dibawa ke pengetahuan pejabat YB Menteri?

Akhir sekali, kami ingin tegaskan disini bahawa RUM elok jangan keluarkan kenyataan bertaraf “Standard Budak Tadika” kerana ia akhirnya akan memalukan kakitangan KTMB sahaja.

‘Ketua dan timbalan ketua Polis PH’ ditahan reman tiga hari

Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden memeriksa kereta peronda (MPV) polis semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Sabtu lalu, ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia antara 36 hingga 52 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban di sini, selepas mereka dibawa oleh pihak polis ke mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi.

Ketiga-tiga lelaki dipercayai penyokong Pakatan Harapan (PH) itu direman sehingga 17 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Mereka terlebih dahulu dilihat tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki trak polis dan berpakaian lokap serta tangan masing-masing bergari.

Semalam, pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop memberitahu, suspek pertama yang bekerja sebagai jurujual kenderaan berusia 52 tahun diberkas di daerah ini tengah hari kelmarin.

Kata beliau, polis seterusnya menahan seorang lagi suspek yang bekerja sebagai pemandu lori berusia 36 tahun dan seorang peniaga ayam berusia 37 tahun di Rantau, manakala tiga lagi suspek masih diburu polis.

Pada hari pengundian PRK DUN Rantau 13 April lalu, lima lelaki dipercayai penyokong PH bertindak memeriksa sebuah MPV polis di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau, Rembau.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang semasa dua anggota polis berpangkat sarjan dan koperal melakukan tugas membantu kawalan lalu lintas dan mahu mengiringi kertas undi PRK DUN Rantau.

Lima lelaki terbabit telah meminta anggota polis berkenaan membuka but MPV polis tersebut kerana mengesyaki kenderaan itu membawa kertas lebihan undi, namun mereka akhirnya tidak menemukan kertas undi yang didakwa. – UTUSAN ONLINE
[adinserter block=”6″]

Beri alasan kalah #PRKRantau, Latheefa kecam Johari ‘mentaliti burung unta’

Pakatan Harapan (PH) perlu berhenti mengamal “mentaliti burung unta” dengan tidak mengakui kesalahan selepas kalah pilihan raya kecil (PRK) Rantau. 

Merujuk kenyataan Datuk Johari Abdul, Latheefa Koya, bekas ahli majlis pimpinan pusat PKR berkata sikap sedemikian antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Akui masalah (Take your head out of the sand), hentikan mentaliti burung unta,” tulisnya di Twitter semalam.

“Sikap buta realiti beginilah yang menjatuhkan BN. Politik adalah soal mendengar rakyat, bukannya memuaskan ego seseorang.” 

Semalam, Johari, ketua whip PH di Parlimen mendakwa, majoriti yang diperoleh Datuk Seri Mohamad Hassan turun berbanding pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Wakil rakyat Sungai Petani menyatakan bekas menteri besar hanya meraih majoriti 4,510 undi tetapi kini mengecil kepada 4,613 undi.

Beliau mempersoal sokongan PAS terhadap BN yang didakwa dapat memberi kelebihan serta majoriti kepada timbalan presiden Umno.

Permata idea Rosmah, Maszlee jenamakan jadi ‘Genius’

Kabinet mahu menjenamakan semula Program Permata Negara (Permata) kepada “Genius” supaya lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi, kata Maszlee Malik.

“Walaupun fungsi dan peranannya sama, ada beberapa program di bawahnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti,” kata menteri pendidikan seperti dilapor Berita Harian.

“Kabinet membuat keputusan ini untuk penjenamaan semula supaya ia lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi,” kata beliau di SMK Desa Cempaka di sini hari ini.

Ia adalah program asuhan dan didikan awal kanak-kanak bawah 4 tahun itu yang menitikberatkan nilai kesatuan dan kehidupan sosial sebagai persediaan untuk persekolahan rasmi.

Program tersebut yang diperkenal pada 2007 adalah cetusan idea dan inisiatif isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor. 

Kolumnis Sinar Pertikai Laporan Polis Kali Kedua Ke Atas KLVC

Seorang kolumnis portal Sinar Harian hari ini mempertikaikan laporan polis kali kedua yang dibuat oleh Pengarah Besar Felda, Othman Omar sehari sebelum Laporan Kertas Putih Felda (LKPF) dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai tindakan yeng bermotifkan politik.

“Oleh kerana LKPF bertujuan mencari salah kerajaan terdahulu, maka keseluruhan RM1.4 bilion (24.0 peratus) yang digunakan untuk pelaburan jangka panjang diklasifikasikan sebagai pelaburan baharu yang tidak menguntungkan.

“LKPF mengabaikan input siasatan dan pendakwaan mengenai isu-isu Felda yang dilakukan sebelum Mei 2018. Seolah-olah semua ini hanya diambil tindakan selepas pertukaran kerajaan.

“Pengarah Besar Felda, Othman Omar membuat dua laporan polis sehari sebelum LKPF dibentangkan. Ini menunjukkan bahawa hasrat sebenar laporan ini adalah untuk meriuhkan persengketaan politik,” kata kolumnis, Ab Jalil Backer menerusi tulisannya hari ini.

Menulis lebih lanjut Ab Jalil yang juga Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR) mendedahkan bekas Pengerusi Felda di zaman kerajaan BN memerintah telah pun membuat laporan polis berkaitan isu yang sama dan siasatan mendapati tiada kes.

“Salah satu laporan polis tersebut ialah mengenai projek usaha sama pembangunan Kuala Lumpur Vertical Center (KLVC). Kontroversi projek ini bermula sejak awal Januari 2018 apabila Pengerusi Felda pada masa itu, Tan Sri Shahrir Samad membuat laporan polis.

“Namun pada 16 September 2018, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan bahawa siasatan berhubung kemelut pemilikan tanah untuk projek KLVC telah ditutup.

“Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, tiada sebarang kes pendakwaan akan dibuat ke atas Synergy Promenade Sdn Bhd (Synergy Promenade).

“Justeru untuk apa laporan polis bagi isu yang sama? Keputusan siasatan polis (telah) dibuat ketika kerajaan Pakatan Harapan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ab Jalil juga menyifatkan pembentangan LPKF baru-baru ini tanpa sedar mendedahkan kebaikan kerajaan BN yang memerintah sebelum ini apabila mengambil cakna dan prihatin dengan nasih peneroka Felda.

“Sebenarnya LKPF memberi banyak gambaran positif kepada kerajaan Barisan Nasional dan pengurusan terdahulu berbanding apa yang cuba ditonjolkan oleh ucapan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

“Misalnya dalam halaman 24 LKPF, panel mengkritik tindakan Felda memberi subsidi yang tinggi kepada projek perumahan generasi kedua.

“Menurut laporan tersebut, Felda perlu menanggung subsidi sejumlah RM897 juta untuk melaksanakan program PGBF. Kos pembinaan rumah PGBF sebanyak RM198,000 seunit adalah jauh lebih tinggi berbanding harga jualan yang bermula dari RM90,000 seunit.

“LKPF menganggap tanggungan subsidi yang tinggi telah membebankan Felda, terutamanya dalam situasi aliran tunai yang kritikal pada masa ini. LKPF juga mengkritik tindakan pengurusan lama Felda yang membelanjakan RM4.6 bilion hasil penyenaraian FGV kepada kebajikan peneroka Felda,” katanya. – SuaraTV

…….
Berikut ialah tulisan penuh Ab Jalil Backer:

Felda: Antara ihsan dan tiada perasaan

RIUH RENDAH negara membincangkan Laporan Kertas Putih Felda (LKPF) seolah-olah Felda di ambang kemusnahan. Mana mungkin Felda yang mempunyai aset RM25 bilion berbanding liabiliti RM14.4 bilion akan musnah.

Sebenarnya LKPF memberi banyak gambaran positif kepada kerajaan Barisan Nasional dan pengurusan terdahulu berbanding apa yang cuba ditonjolkan oleh ucapan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

Misalnya dalam halaman 24 LKPF, panel mengkritik tindakan Felda memberi subsidi yang tinggi kepada projek perumahan generasi kedua.

Menurut laporan tersebut, Felda perlu menanggung subsidi sejumlah RM897 juta untuk melaksanakan program PGBF. Kos pembinaan rumah PGBF sebanyak RM198,000 seunit adalah jauh lebih tinggi berbanding harga jualan yang bermula dari RM90,000 seunit.

LKPF menganggap tanggungan subsidi yang tinggi telah membebankan Felda, terutamanya dalam situasi aliran tunai yang kritikal pada masa ini. LKPF juga mengkritik tindakan pengurusan lama Felda yang membelanjakan RM4.6 bilion hasil penyenaraian FGV kepada kebajikan peneroka Felda.

Dalam penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 2012, Felda menerima RM6 bilion. Kerajaan menganggap sejumlah RM4.6 bilion telah dibelanjakan secara tidak produktif iaitu, Pemberian Khas Peneroka (RM1,690 juta), Bonus kepada Petugas (RM20 juta), Sumbangan one-of Negeri (RM550 juta), Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka (RM400 juta), Perbelanjaan Penyenaraian RM177 juta), Penebusan Saham FGV (RM406 juta), Perbelanjaan Modal (RM1,316 juta).

Oleh kerana LKPF bertujuan mencari salah kerajaan terdahulu, maka keseluruhan RM1.4 bilion (24.0 peratus) yang digunakan untuk pelaburan jangka panjang diklasifikasikan sebagai pelaburan baharu yang tidak menguntungkan.

LKPF mendedahkan bahawa aset Kumpulan Felda telah meningkat daripada RM12.1 bilion pada tahun 2007 kepada RM25 bilion pada tahun 2017. Tidak dinafikan bahawa liabiliti Felda turut meningkat RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017.

Jumlah peningkatan liabiliti ini seiring dengan peningkatan aset kerana Felda sedang mengembangkan strategi perniagaannya. Daripada RM14.4 bilion liabiliti tersebut, RM12.1 bilion adalah pinjaman. Dalam masa yang sama peneroka berhutang dengan Felda sebanyak RM7.7 bilion.

LKPF juga jelas ditulis mengambil pendekatan politik partisan. Misalnya, kekurangan tunai Felda bukanlah perkara baharu dan telah disedari oleh pengurusan sejak 2017 lagi. Malah pada Oktober 2017, Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Shahrir Samad telah pun mengarahkan penjualan beberapa aset perniagaan bukan cabang perniagaan utama bagi meningkatkan aliran tunai Felda.

Demikian juga dalam beberapa kes pembelian aset oleh anak syarikat Felda, Felda Invesment Center (FIC), yang ditimbulkan oleh LKPF. Ia bukan perkara baharu kerana telah dilapor, disiasat dan sebahagiannya telah dalam pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak beberapa tahun lalu.

LKPF mengabaikan input siasatan dan pendakwaan mengenai isu-isu Felda yang dilakukan sebelum Mei 2018. Seolah-olah semua ini hanya diambil tindakan selepas pertukaran kerajaan.

Pengarah Besar Felda, Othman Omar membuat dua laporan polis sehari sebelum LKPF dibentangkan. Ini menunjukkan bahawa hasrat sebenar laporan ini adalah untuk meriuhkan persengketaan politik.

Salah satu laporan polis tersebut ialah mengenai projek usaha sama pembangunan Kuala Lumpur Vertical Center (KLVC). Kontroversi projek ini bermula sejak awal Januari 2018 apabila Pengerusi Felda pada masa itu, Tan Sri Shahrir Samad membuat laporan polis.

Namun pada 16 September 2018, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan bahawa siasatan berhubung kemelut pemilikan tanah untuk projek KLVC telah ditutup.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, tiada sebarang kes pendakwaan akan dibuat ke atas Synergy Promenade Sdn Bhd (Synergy Promenade).

Justeru untuk apa laporan polis bagi isu yang sama? Keputusan siasatan polis dibuat ketika kerajaan Pakatan Harapan.

Malah pada 21 September 2018 Pengerusi Felda, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, memberitahu The Edge bahawa Felda merancang untuk memulakan rundingan semula dalam projek KLVC.

“Federal Land Development Authority (Felda) plans to restart discussions with Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) master developer Synergy Promenade Sdn Bhd on the project to reach a win-win solution.”

Apa yang jelas dalam LKPF ini ialah kerajaan terdahulu bersifat ihsan peneroka dan kerajaan sekarang yang seolah-olah tiada perasaan.

* Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis dan Kolumnis di akhbar/portal SInar Harian

Rantau telah bersuara dan membuat pilihan mereka

Kami berdepan dengan gergasi-gergasi dari Pakatan Harapan yang mempunyai jentera kerajaan Persekutuan dan Negeri selain sumber dana yang besar.

Mereka menggunakan pelbagai taktik termasuk menabur duit dan berkempen melampaui batas undang-undang pilihan raya, berbanding dengan Barisan Nasional yang berbekalkan khemah, kipas dan motosikal.

Kita tidak lupa pemberian kupon makanan, taktik kotor menaikkan banner berunsur perkauman tetapi menyalahi BN, laungan provokasi menakutkan pengundi seolah-olah penyatuan ummah adalah ala Taliban, kempen meminta undi daripada kaum tertentu kerana calon mereka daripada kaum yang sama, dan sebagainya.

Ditambah pula janji-janji palsu, manis dan mengaburkan pertimbangan pengundi seperti janji ECRL di Rantau, dan ceramah demi ceramah yang mengutuk Barisan Nasional sedangkan kegagalan Malaysia sepanjang 12 bulan lepas adalah akibat ketamakan kroni dan kelemahan pengurusan mereka.

Tindakan mereka mengungkit kisah dan sejarah lama kewangan peribadi Tok Mat juga amat keji dan bagaikan begitu terdesak, sedangkan diketahui umum bahawa Tok Mat adalah tokoh korporat yang amat berjaya sejak sekian lama sebelum menyertai politik.

Sampai tahap begitu politik Malaysia jatuh kepada.

Terima kasih kepada semua pengundi Rantau yang kekal memberikan keyakinan kepada Tok Mat dan Bariasn Nasional untuk mewakili tuan-tuan dan puan-puan semua.

Mesej rakyat jelas. Suara Tok Mat di arena politik diperlukan dan mereka mahu Barisan Nasional kukuh menentang kezaliman Pakatan Harapan yang hari ini sudah melupakan kesusahan rakyat malah mula menekan dengan pelbagai cukai baru dan penarikan bantuan di kala keadaan ekonomi yang lembab.

Ramai telah dan bakal hilang pekerjaan.

Sebilangan besar perniagaan menghadapi kesukaran membayar pekerja dan hutang syarikat akibat pendapatan yang semakin berkurangan.

Saya ulangi apa yang saya sering katakan.

Jangan kita beri peluang kepada Kerajaan hari ini sekadar bercakap kosong demi undi.

Saya ambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemimpin, ahli dan sukarelawan dalam jentera Barisan Nasional yang telah berkempen sepanjang masa ini.

Sudah tentu kita berjaya hari ini kerana penyatuan bersama rakan-rakan kita dari PAS, kesemua pemimpin tertinggi dan ahli-ahli yang turut menyumbang tenaga dan membantu kita di setiap PDM.

Terima kasih!

Barisan Nasional mara setapak lagi hari ini, hasil sokongan dan restu daripada rakyat.

Kami bangkit bersama rakyat.

Kerana sememangnya itulah semangat, asas pertubuhan dan perjuangan kami di Barisan Nasional.

Rakyat semua yang dikasihi, ini kemenangan mu!

Hidup rakyat!

Facebook Najib Razak

http://pakdin.my/tag/prk-rantau

http://pakdin.my/tag/najib-razak