Insiden jambatan runtuh di Serdang, Kedah yang meragut nyawa dua remaja, Muhammad Haikal Hakimi Mohd Noor iaitu pembonceng motosikal jenis Yamaha LC135 dan Mohamad Haziq Ishak, sebagai penunggang, telah menarik perhatian ramai pihak.
Susulan itu, ada segelintir pihak yang kurang usul periksa meletakkan kesalahan di atas bahu Jabatan Kerja Raya lantaran agensi itu adalah agensi pelaksanaan teknikal terbesar negara.
Walau bagaimanapun, berdasarkan semakan dari maklum balas Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha melalui twitter beliau, projek itu dikatakan adalah hakmilik Pihak Berkuasa Tempatan.
Jambatan kepunyaan & dibina Pihak Berkuasa Tempatan. T kasih kpd JKR Kulim Bandar Baru @jkr_kedah @JKRMalaysia yg telah menyediakan Pelan Pengurusan Trafik TMP sebaik menerima berita malam tadi & menyediakan jln lencongan demi keselesaan penduduk @baru_bian @HjAnuarTahir @MOWorks

— Roslan Md Taha (@RoslanMdTaha) September 11, 2018

Sekalipun jambatan runtuh berkenaan bukan berada dibawah kendalian dan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya, melalui tweet  yang sama, beliau memaklumkan bahawa jabatan itu telah membantu untuk menyediakan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) serta menyediakan lencongan untuk memastikan keselesaan penduduk.

Visit ke site jambatan runtuh di Serdang,Kulim,Kedah. Pasukan dari Bhgn Jambatan dan Forensik Jambtn berada di tapak utk prelim investigation.@RoslanMdTaha @Zulakmal8 @CawJalanJKR @JKRMalaysia pic.twitter.com/7uAoTtK06E

— JKR_BridgeDesignDivision (@JKRBridgeDesig1) September 11, 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here