Home Blog ‘See my level’, Cik B sindir lagi Azwan Ali

‘See my level’, Cik B sindir lagi Azwan Ali

19

Walau sudah beberapa hari berlalu, nampaknya perbalahan antara keluarga jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman dan pengacara Azwan Ali belum juga selesai.

Terbaru, anak Hasmiza sekali lagi membuat video mengajuk percakapan dan gaya Azwan.

Dalam klip itu, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, atau Cik B menunjukkan koleksi Louis Vuitton (LV) seolah-olah sedang membeli-belah.

“‘See my level, see my level’, beg LV, buku LV, semua LV, beli dekat London, beli dekat Paris,” menurut video itu.

Rakaman selama 29 saat dikongsi 34,900 pengguna, termasuk memperoleh lebih 30,000 tanda ‘suka’.

Baru-baru ini Cik B memuat naik klip menjawab makian bekas pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan menari di aplikasi TikTok.

Video itu menggunakan kata-kata keji Azwan terhadap ibunya sebagai muzik latar.

Terdahulu, adik menteri ekonomi melemparkan kutukan menyentuh isu peribadi terhadap usahawan Kelantan itu akibat salah faham.

Azwan memuat naik video mengungkit tentang kematian anak Hasmiza dalam satu insiden, penceraian dan membakar minyak wangi pemberian pengasas Vida Beauty.

Dipercayai bekas calon Bebas pilihan raya kecil Bukit Antarabangsa berbuat demikian kerana tidak mendapat bayaran dalam satu majlis.