Home Berita Maksiat di Tahun Baru Cina, Kelantan cekup 19 individu

Maksiat di Tahun Baru Cina, Kelantan cekup 19 individu

9
Seramai 19 individu ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa JAHEAIK menerusi Op Maksiat sempena cuti Tahun Baharu Cina.

KOTA Baru — Seramai 19 individu ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menerusi Op Maksiat sempena cuti Tahun Baharu Cina pada Khamis dan semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata ia membabitkan tujuh kes khalwat, berkelakuan tidak sopan (dua kes) dan subahat berkelakuan tidak sopan (satu kes).

Selain tangkapan, JAHEAIK turut memberikan Notis Khidmat Nasihat kepada 17 individu manakala dua lagi diberikan amaran lisan, dalam operasi bermula 6.00 petang Khamis dan berakhir pukul 10 malam tadi oleh Unit Operasi JAHEAIK membabitkan kekuatan angggota seramai 15 orang.

“Kawasan sasaran adalah sekitar kawasan Kota Baru yang melibatkan Dataran Ketereh, G-Orange Mall, Pasaraya Giant Tunjung, kawasan kedai Bandar Baharu Tunjung, Ban Chu Bee, Lebuhraya Pasir Mas-Salor, kawasan pantai, kawasan tepi Sungai Kelantan dan di hotel sekitar dan luar bandar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Maksiat di Tahun Baru Cina, Kelantan cekup 19 individu