Home Blog 11 tentera AS dirawat selepas serangan Iran ke atas Iraq 8 Januari...

11 tentera AS dirawat selepas serangan Iran ke atas Iraq 8 Januari lalu

15

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) merawat 11 anggota tenteranya yang mengidap simtom konkusi selepas serangan peluru berpandu Iran ke atas sebuah pengkalan Iraq di mana angkatan tenteranya ditempatkan, kata tentera AS.

Sebelum ini, AS berkata tiada anggota tenteranya cedera dalam serangan tersebut.

Serangan tersebut merupakan serangan balas yang dilakukan susulan serangan dron di Baghdad yang dilakukan AS pada 3 Januari lalu mengakibatkan komender Pengawal Revolusi Iran (IRG), Qassem Soleimani, terbunuh.

Sebelum ini Presiden Donald Trumpo dan tentera AS berkata, tiada kemalangan jiwa selepas serangan ke atas pengkalan udara Ain al-Asad di barat Iraq dan sebuah kemudahan di utara wilayah Kurdish.

“Ketika tiada anggota tentera AS terbunuh dalam serangan Iran ke atas pengkalan udara Al Asad pada 8 Januari, beberapa (anggota) dirawat kerana simtom konkusi akibat letupan dan masih dinilai,” kata jurucakap Pemerintah Pusat AS, Kapten Bill Urban dalam satu kenyataan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa anggota tentera telah dibawa ke kemudahan AS di Jerman dan Kuwait untuk ‘imbasan susulan’, tambah beliau.

“Apabila dinilai cergas untuk bertugas, anggota tentera ini dijangka pulang ke Iraq.

Seramai 1,500 anggota tentera AS dikerahkan ke padang pasir Anbaar di Iraq. – Agensi