Home Berita Tawaran ‘Bonus RM30’ Touch n Go E-Wallet Bukanlah Seperti Yang Anda Sangkakan

Tawaran ‘Bonus RM30’ Touch n Go E-Wallet Bukanlah Seperti Yang Anda Sangkakan

81

Susulan daripada program E-Tunai Rakyat yang mula diagihkan semalam, ramai yang berpusu-pusu mendapatkan ganjaran RM30 di dalam dompet digital atau e-wallet masing-masing. Berdasarkan laporan, aplikasi Touch n Go menerima jumlah trafik yang sangat tinggi sehinggakan menyebabkan sistem tergendala.

Pelbagai promosi menarik yang ditawarkan oleh ketiga-tiga aplikasi yang terlibat untuk memastikan anda menebus e-tunai rakyat bersama mereka. Antara tawaran yang menarik perhatian ramai ialah promosi Bonus RM30 Touch n Go jika anda menebus E-Tunai Rakyat RM30.

Secara ringkasnya, pasti ramai yang berfikir anda akan mendapat RM30 (E-Tunai Rakyat) + RM30 (Bonus Touch n Go) yang membawa jumlah keseluruhan RM60 di dalam dompet digital anda. Tapi sayangnya, ia tidaklah semudah yang anda sangkakan.

Bonus eksklusif

Jika anda ke laman rasmi Touch n Go, promosi “TNG eWallet Exclusive Bonus” memerlukan anda melakukan enam transaksi dengan RM5 setiapnya untuk anda mendapatkan cashback RM30 seperti di dalam promosi. Berdasarkan pada Maklumat Promosi di laman tersebut, pengguna akan mendapat cashback RM5 dengan transaksi minimum RM20 untuk servis dan features dalam TNG eWallet:

Servis:

  • Parking
  • Prepaid
  • Postpaid
  • Bil
  • Wayang
  • Penerbangan
  • SCAN – untuk perniagaan atas talian seperti LAZADA & lain-lain

Features:

  • PAY
  • SCAN (bayaran di kaunter perniagaan yang menerima pembayaran melalui TNG eWallet)

Enam transaksi dengan minimum RM20 ini juga memerlukan anda untuk melakukan 3 transaksi atas talian atau aplikasi sementara 3 lagi di mana-mana kaunter perniagaan bagi mendapatkan cashback RM30 sepenuhnya. Perlu diingat, promosi ini hanya untuk 1 juta pengguna terawal sahaja.

Cashback RM5 untuk setiap transaksi ini akan dimasukkan terus ke dalam dompet digital anda selepas transaksi berjaya. Ini bermaksud, cashback yang diterima ini tidak terpakai untuk servis dan features seperti Transfer, pembayaran tol PayDirect dan RFID, dan juga pembayaran parking PayDirect.

Secara ringkasnya, promosi “TNG eWallet Exclusive Bonus” ini tidak akan memberikan bonus RM30 secara automatiknya selepas anda menebus E-Tunai Rakyat RM30 dengan Touch n Go. Jadi, usah lah berharap untuk mendapat RM60 di dalam dompet digital anda sebelum anda melakukan enam transaksi seperti yang dimaklumkan.

Untuk baca lebih lanjut tentang maklumat promosi ini, boleh terus ke laman rasmi Touch n Go.