Malaysia berisiko menghadapi aliran keluar pelaburan oleh pelabur asing di dalam bon-bon kerajaan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) berjumlah RM33 bilion tahun ini sekiranya FTSE Russel bertindak “downgrade” Malaysia dan mengeluarkan Malaysia daripada indeks bon global.

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Risiko RM33 bilion akan dibawa keluar oleh pelabur asing.

Tahun lepas sahaja, sejak Pakatan Harapan jadi kerajaan, aliran keluar pelaburan portfolio (pasaran saham dan bon) mencecah lebih RM43.352 bilion.

Sebelum PH jadi kerajaan, negara mencatatkan aliran masuk pelaburan dalam pasaran kewangan. Ini datanya:

Suku pertama 2018: Aliran masuk RM8.062 bilion
Suku kedua 2018: Aliran keluar RM37.194 bilion
Suku ketiga 2018: Aliran keluar RM3.641 bilion
Suku keempat 2018: Aliran keluar RM2.517 bilion

Jangan ingat aliran keluar pelabur asing dan kejatuhan pasaran kewangan saham dan bon ni takde kesan kepada anda semua. Kalau anda ada simpanan ASB, Tabung Haji, mencarum KWSP anda semua pasti akan terkesan dengan perkembangan pasaran kewangan negara sejak tahun lepas. Dividen, bonus dan hibah akan jadi lebih rendah. Kadar faedah bon kerajaan akan meningkat dan menyebabkan kos pinjaman kerajaan juga meningkat dan seterusnya pembayar cukai akan terpaksa menanggung bebanan ini melalui pengenalan lebih banyak cukai.

Sebelum PH jadi kerajaan duit masuk, lepas PH jadi kerajaan duit keluar.

Tatkala pasaran kewangan negara-negara lain seluruh dunia meningkat, pasaran kewangan negara kita jatuh disebabkan pelabur asing yang angkat kaki blah dari Malaysia untuk melabur di tempat lain.

Kenapa agaknya?

Masihkah mereka nak menyalahkan faktor luaran? Ataupun nak menyalahkan BN?

Rujukan:

1. Malaysia faces up to RM33b outflow risk if bonds dropped from global index, says Maybank Kim Eng – The Edge Markets: https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-faces-rm33b-outflow-risk-if-bonds-dropped-global-index-says-maybank-kim-eng

2. Malaysia Balance of Payments: Bank Negara Monthly Statistical Bulletin: http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2019/2/xls/3.6.xls

3. The World’s Worst Major Stock Market Is Really, Really Boring
https://www.bloomberg.com/amp/news/articles/2019-04-15/malaysia-s-stock-market-keeps-missing-out-on-the-global-rally

4. Malaysia’s Stock Market Is Asia’s Only Loser of 2019 – Bloomberg
https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-03-11/politics-sent-malaysia-stocks-up-now-u-turns-as-doubts-emerge

4 replies on “Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus”

Comments are closed.