Mahkamah Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan usul Jabatan Kehakiman AS (DoJ) untuk membatalkan tindakan pelucuthakan terhadap kapal persiaran mewah Equanimity.

Menurut peguam kepada ahli perniagaan,  Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, DoJ dengan persetujuan daripada pemilik kapal mewah berkenaan Equanimity (Cayman) Ltd. telah bersetuju untuk membatalkan tindakan tersebut.

“Walaupun ia bukan hasil yang sempurna tetapi ianya adalah sesuatu yang munasabah dan difahami tambahan pula di dalam situasi di mana kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah merampas kapal persiaran tersebut secara haram daripada Indonesia dan secara tidak langsung melanggar undang-undang Indonesia dan tidak mematuhi arahan Mahkamah AS yang mengeluarkan arahan supaya semua pihak mematuhi hak masing-masing mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut ahli perniagaan itu lagi, tindakan kerajaan Malaysia merampas kapal persiaran tersebut daripada Indonesia dan membiarkannya berlabuh di Perlabuhan Klang telah menyebabkan Equanimity terdedah kepada akses media dan orang awam sekaligus menjejaskan nilai pasarannya.

Tambah Jho Low, kerajaan Malaysia gagal untuk menjual kapal tersebut pada harga pasaran yang adil semasa proses bidaan.

“Low mendapati hasil daripada tindakan DoJ untuk membatalkan pelucuthakan terhadap kapal persiaran Equanimity dengan keizinan Equanimity (Cayman) Ltd., Mahkamah AS telah gagal menemui sebarang dapatan negatif atau pelanggaran undang-undang seperti yang didakwa.

“Ini bermakna tiada pengesahan terhadap sebarang salah laku dan ia konsisten dengan kenyataan Low selama ini yang mengaku beliau tidak bersalah,” katanya.

Kapal Equanimity telah dirampas di Bali oleh kerajaan Indonesia pada Februari tahun lepas atas arahan pihak berkuasa AS sebagai salah satu siasatan terhadap skandal 1Malaysia Develompent Bhd. (1MDB).

Kerajaan Indonesia kemudiannya menyerahkan kapal mewah tersebut kepada Malaysia Ogos lalu.

Jhow Low mendakwa kapal persiaran mewah itu telah dirampas secara salah daripada Indonesia kerana kerajaan Malaysia katanya telah mengingkari keputusan mahkamah negara itu.

Beliau seterusnya membawa perkara tersebut ke Mahkamah AS

Rujukan:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/01/01/jho-low-us-court-granted-doj-motion-to-dismiss-forfeiture-of-equanimity/

http://pakdin.my/tag/equanimity

Join the Conversation

11 Comments

  1. Cara rampasan kapal mungkin salah..tapi cara memperolehi wang utk beli kapal tersebut dgn memperbodohkan pemimpin malaysia yg bodoh tak boleh diajar dan cerdik tak boleh nak diikut macam admin ni memang tak boleh dimaafkan….. contoh pemimpin melayu yg dipimpin oleh nafsu tamak …masuk politik sebab nak kaya..
    Iman yg tidak boleh diwariskan..

  2. 1. Bermakna kapal tersebut masih hak milik JLow, walaupun syarikat dia telah mengeluarkan surat kebenaran untuk dijual, yang dia masih bolih tarik balik..2. .ini bermakna, Malaysia ke yang telah merompak kapal dia? dan bukan sebaliknya?..3. Indonesia okay pasal kapal tersebut diperairan antarabangsa semasa di ambil oleh Malaysia…interesting.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *