Harga Runcit RON95, RON97, Diesel Turun 10 Sen

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos). Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter. “Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini,” kata Timbalan Presiden Persatuan […]

MH370: Serpihan Disahkan Dari Boeing 777 – Aziz Kaprawi

Serpihan yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi disahkan sebahagian daripada pesawat Boeing 777. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan bahawa ‘flaperon’ yang ditemui di pantai itu merupakan sebahagian daripada badan pesawat Boeing 777. Aziz bagaimanapun berkata, ini tidak bermakna ‘flaperon’ itu adalah milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada […]

MH370: pakar Malaysia tiba di Reunion

Saint-Denis (Reunion): Sekurang-kurangnya 10 pakar penerbangan Malaysia dilihat tiba di pulau Reunion, pada sebelah pagi (waktu tempatan) mengikut laporan AFP. Menurut kakitangan hotel, kesemua pakar itu dilihat meninggalkan beg mereka di hotel dan terus menuju lokasi penemuan serpihan sayap yang mungkin ada kaitan dengan kehilangan MH370. Sementara itu, di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri […]

Wanita Kerat Bayi Lapan Bahagian Dipenjara 12 Bulan

JITRA: Mahkamah Majistret di sini pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang wanita kerana menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara memotongnya kepada lapan bahagian, awal bulan ini. Majistret, Nurshahida Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Farihah Abd Aziz, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran […]

Kertas Pertuduhan Ke Atas Najib Adalah Palsu – Pejabat Peguam Negara

Pejabat Peguam Negara menafikan deraf Kertas Pertuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Shamsul Anuar bin Sulaiman yang disebarkan di laman-laman sosial merupakan dokumen dari pejabat mereka. “Dokumen tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata,” kata sumber Pejabat Peguam Negara ketika dihubungi sebentar tadi. Hari ini beberapa portal berita mula […]

Anggota polis cedera dihempap pokok di jalan Sungai Choh – Bukit Beruntung

Penunggang motosikal yang juga anggota polis cedera selepas pokok getah tumbang dan menghempap mangsa di Jalan Sungai Choh – Bukit Beruntung petang tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang ketika hujan lebat dan ribut melanda kawasan itu. Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu […]

MH370: Kerajaan akan umum sebaik dapat pengesahan

Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia sudah menghantar dua pasukan – satu ke bandar raya Toulouse, Perancis dan satu lagi ke Pulau Reunion – berikutan penemuan serpihan pesawat di pulau Lautan Hindi itu. Menurut Perdana Menteri, laporan awal membayangkan bahawa serpihan berkenaan besar kemungkinan berasal daripada sebuah pesawat jenis Boeing 777, tetapi langkah perlu diambil […]

MH370: Saya Lihat Objek Aneh Di Pantai – Johnny Begue

SAINT-ANDR (PERANCIS): Johnny Begue tidak menjangkakan melalui di sepanjang pesisir pantai dan menemui serpihan bangkai pesawat telah menarik perhatian seluruh dunia terhadap pulau kecil yang merupakan kampung halamannya. Begue mengetuai pasukan yang terdiri daripada lapan orang untuk membersihkan kawasan pantai di bandar Saint-Andre di Pulau Reunion. Pada awal pagi Rabu, dia mencari batu kecil untuk […]

MH370: Beg pakaian ditemui

Pulau Reunion (Madagascar): Selepas serpihan didakwa sayap pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang lebih setahun lalu ditemui di Pulau Reunion semalam, hari ini beg pakaian yang rosak ditemui berhampiran lokasi penemuan serpihan berkenaan. Portal berita Perancis, Linfo.re melaporkan, beg berkenaan ditemui seorang petani. Turut dipaparkan di portal itu, gambar beg berkenaan yang berkarat dan […]

MH370: Boeing percaya serpihan mungkin dari B777

Serpihan ditemui di Lautan Hindi barat pada Rabu mungkin sebahagian daripada serpihan Boeing 777, model yang sama dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang pada tahun 2014, menurut sumber yang rapat dengan penyiasatan itu. Sumber itu berkata terdapat unsur unik untuk flaperon Boeing 777, salah satu komponen sayap kata pemerhati  Boeing setelah mereka melihat kepada […]