Shahidan: Jadikan Kem Penyeludupan Sebagai Lokasi Pelancongan

WANG KELIAN: Kem penyeludupan manusia yang ditemui berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di sini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi tarikan pelancong, kata Datuk Seri Shahidan Kassim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang melawat tapak perkhemahan pada Ahad, menyifatkannya sebagai lokasi sesuai dijadikan tempat pelancongan dan mempunyai kemudahan yang lengkap. “Ia merupakan kem terbesar di kalangan 16 tapak […]

Penemuan mayat bawah lantai dapur: Suami isteri ditahan di Keningau

Sepasang suami isteri ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata suspek lelaki, 33, disyaki bapa kepada mangsa itu ditahan di sebuah restoran di Keningau, Sabah pada pukul 6.30 petang, Sabtu. […]

Video: Bekas Penyewa Diburu Bantu Siasatan Penemuan Mayat Bawah Lantai Dapur

Polis sedang menjejaki bekas penyewa sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong di sini bagi membantu siasatan berhubung penemuan satu mayat yang disimen dan mereput di lantai dapur rumah itu pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bekas penyewa itu, Loo Chon Wen, 33, masih berada di […]

Dua Lelaki Kaut Untung Berjuta Perdagang Manusia

Lelaki ini dilihat sebagai dermawan di kalangan masyarakat kerana sering membantu rakyat senegaranya yang kurang bernasib baik tetapi apa yang tidak diketahui adalah bekas pelarian Myanmar ini bersama rakan niaganya warga Malaysia memperoleh keuntungan berjuta daripada kesengsaraan mereka yang diperdagangkan. Mereka dikaitkan dengan isu pemerdagangan warga Rohingya dan Bangladesh ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand. […]

PM kerah cari ‘kepala’ sindiket pemerdagangan manusia

Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa mencari ‘kepala’ yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di sempadan negara ini. Perdana Menteri berkata penemuan kubur dan kem tahanan dipercayai menempatkan rakyat Rohingya mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian baru-baru ini adalah kejadian yang amat menyedihkan. Beliau berkata sekiranya kegiatan itu ingin dibanteras, tindakan keras perlu […]

Masyarakat Dayak Sambut Gawai Dengan Harapan Gayu Guru Gerai Nyamai

Di Bumi Kenyalang ini tidak kurang 40 sub-etnik bernaung dengan mereka menjunjung bahasa, warisan budaya, nilai serta cara hidup masing-masing. Lebih 60 peratus daripada penduduk bumi kenyalang itu adalah daripada masyarakat Dayak, yang turut mewakili kumpulan etnik seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Orang Ulu dan yang lain. Di sebalik perbezaan yang wujud, kesemua mereka […]

Penumpang terkejut lihat pekerja lapangan terbang menggunakan pita pelekat pada enjin kapal terbang easyJet hanya beberapa minit sebelum berlepas

Gambar yang diambil oleh seorang penumpang yang terkejut melihat pekerja lapangan terbang menggunakan pita pelekat pada enjin pesawat easyJet hanya beberapa minit sebelum berlepas telah dikongsi oleh puluhan ribu orang di dalam talian. Adtomwood mencatatkan di Twitter berkata: “Always worrying when easyJet are duct taping the plane together :-s #finaldestination” Imej seorang lelaki memakai jaket […]

Lelaki Cedera Parah Terjatuh Dari Menara Masjid Kampung Baru (video)

  KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan mengalami kecederaan parah setelah terjatuh dari menara masjid setinggi 70 kaki di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini Jumaat. Dalam kejadian pada kira-kira 7 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Abshah, 23, patah kedua-dua belah kaki dan tangan serta mengalami kesan lebam pada belakang kepalanya. Bernama yang […]

Jumpa mayat bawah lantai dapur (video)

KEPONG: Rangka manusia dipercayai kanak-kanak ditemui ditanam di lantai simen dapur sebuah rumah di Kepong, Jumaat. Pemilik kediaman itu berkata, pekerja yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian menemui rangka itu selepas ternampak kain buruk yang berbau busuk dalam lubang lantai dapur itu. Rumah itu disewakan sehingga April lalu. Mayat kanak-kanak dipercayai perempuan ditemui dalam lubang yang dikorek […]

Tayar lori pecah, pemandu maut

Kuala Kubu Bharu: Seorang pemandu lori maut, kelindannya cedera selepas lori dinaiki terbalik di Kilometer 417.3 Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur berhampiran Plaza Tol Bukit Tagar di sini, 11.10 pagi tadi. Kemalangan berlaku disebabkan tayar belakang kanan lori pecah lalu terbalik dan terseret hampir 30 meter. Pemandu lori Chuah Eng Siah, 40, tercampak keluar, dihempap […]