BANJIR: Helikopter PDRM terhempas di Tanah Merah ketika misi bantuan banjir (kemaskini)

Sebuah helikopter Ecureui Unit Udara PDRM terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah, Kelantan ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir pada jam 6.15 petang tadi. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata empat pegawai polis, termasuk seorang pegawai wanita yang berada dalam helikopter itu cedera. “Semua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya. […]

BANJIR: Helikopter PDRM mendarat cemas di Tanah Merah ketika misi bantuan

Sebuah helikopter PDRM mendarat cemas di Kampung Ramai Lama Gobek, Tanah Merah, Kelantan ketika misi bantuan banjir pada jam 6.15 petang tadi, menurut Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. Difahamkan, pesawat berkenaan dalam misi menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di daerah itu. Disahkan tiada kemalangan jiwa dan 2 krew serta pilot penerbangan terselamat.

AirAsia #QZ8501: Cuaca Buruk Halang Helikopter Megangkut Jenazah Dari KD Lekir TLDM

Pengangkutan membawa  jenazah korban pesawat AirAsia QZ8501 yang berada di kapal-kapal perang menuju Pangkalan Bun berlangsung dalam keadaan kesukaran akibat cuaca buruk yang mengakibatkan helikopter tidak boleh menghampiri kapal penyelamat untuk mengangkut jenazah. Lima jenazah masih berada di kapal-kapal pencari, 1 jenazah berada di KRI Bung Tomo, 2 jenazah dari KRI Yos Sudarso, 1 jenazah […]

BANJIR: Cabaran MKN Dalam Misi Membantu Mangsa

Angin kencang, hujan lebat, arus deras serta laluan darat yang ditenggelami air merupakan antara cabaran yang dihadapi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha membantu mangsa banjir. MKN yang menyelaraskan operasi pasukan penyelamat yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) setakat ini […]

AirAsia #QZ8501: Salah Satu Mayat Berpakaian Pramugari Di Temui (video)

Panglima Tentera Laut Di Raja Malaysia, mengesahkan salah satu mayat ditemui oleh Kapal KD Lekir Milik Malaysia, di sektor satu. Mayat berkenaan sudah diambil dan akan diserah kepada kapal perang Republik Indonesia di Banda Aceh. Sementara itu, Agensi Mencari Dan Menyelamat Nasional, Basarnas, menemui tiga lagi mayat dipercayai penumpang dan kru pesawat QZ8501 yang terputus […]

BANJIR: Kelantan perlu bantuan Pusat pulih lokasi banjir

Kerajaan PAS Kelantan amat memerlulan sokongan dan bantuan daripada semua pihak khususnya Kerajaan Persekutuan bagi memulih dan membangunkan semula lokasi-lokasi yang musnah dilanda banjir. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan itu perlu kerana kerajaan negeri sekarang dalam usaha tersebut selepas Kelantan terjejas teruk akibat banjir. “Setelah saya sendiri meneliti situasi ditempat yang agak parah […]

AirAsia #QZ8501: Tujuh mayat termasuk satu ditemui TLDM

Tujuh mayat sudah berjaya diambil dari lokasi tragedi pesawat terhempas, QZ8501 Air Asia Indonesia termasuk jenazah seorang kakitangan pesawat itu. Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia, (TLDM) yang turut menyertai operasi SAR turut menemui satu mayat di sektor satu. Mayat ditemui anggota kapal KD Lekir jam 9.20 pagi ini. Mayat itu sudah diambil dan akan diserah […]

AirAsia #QZ8501: Tiga Lagi Mayat Termasuk Pramugari Ditemui

Tiga lagi mayat ditemui pada Rabu termasuk mayat wanita yang berpakaian seragam pramugari AirAsia, kata Ketua Badan SAR Nasional (Basarnas) Indonesia, Bambang Soelistyo. Dua lagi mayat yang ditemui adalah mangsa lelaki. Jumlah tersebut menjadikan enam mayat berjaya ditemui setakat ini. Pada Selasa, Soelistyo mengumumkan dua mayat wanita dan seorang lelaki ditemui. Beliau berkata, proses mengesan […]

AirAsia #QZ8501: Tiga Mayat Ditemui Berpegangan Tangan – Juruterbang Tentera

TIGA mayat mangsa QZ8501 yang ditemui dilaporkan saling berpegang tangan ketika terapung di lautan Jawa, dakwa juruterbang yang terlibat dalam pencarian pesawat milik AirAsia Indonesia itu. Dalam laporan Dalymail Online yang memetik akhbar Kompas memberitahu, Airman Tri Wibowa yang merupakan pembantu juruterbang pesawat Hercules C130 mendakwa demikian selepas mereka berjaya menemui serpihan pesawat berkenaan pada […]