NGO Gesa PAS Selesai Masalah Kesepakatan Atau Tarik Diri Dari Pakatan Pembangkang (video)

Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) menyarankan agar PAS bertindak serta-merta atau keluar daripada Pakatan Rakyat jika mereka tidak mahu memperbaiki konsensus dalam pakatan pembangkang. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan Pakatan Rakyat. Kaunselor Lensa, Ekhsan Bukharee berkata mereka perlu berbuat demikian bagi mewujudkan suatu ‘tempoh bertenang’ […]

Kren Tumbang Di Genting Highlands, Menteri Arah Siasatan

Seorang pekerja asing maut dihempap kren di tapak pembinaan di Genting Highlands, Isnin. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, sebuah kren tumbang di tapak pembinaan hotel dan taman tema. Ia kemudiannya menghempap seorang pekerja asing warga Bangladesh dan menyebabkan kematian. Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof menerusi Twitter berkata telah mengarahkan siasatan lanjut dijalankan […]

Alvin Tan akan dikesan sampai dapat – KPN

Polis akan terus mencari penulis blog seks Alvin Tan sehingga ke lubang cacing. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara tidak boleh dimaafkan. “Dia (Tan) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap […]

Kenyataan Berbaur Hasutan: Aziz Bari Akan Disoal Siasat

Pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari akan disoal siasat di bawah Akta Hasutan kerana komen yang didakwa menghina Sultan Selangor. Menurut laporan portal berita dalam talian, Aziz dijangka akan dipanggil untuk soal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam pada Rabu selepas hampir 100 laporan polis dibuat terhadapnya. “Beliau tidak pernah ditahan, tetapi […]

Rahman Dahlan bela hak pembeli rumah Bumiputera dakwa DAP parti paling rasis

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar tindakan DAP yang meminta beliau supaya tidak bersifat perkauman dalam mengendalikan hal pembelian rumah untuk Bumiputera. “Apakah DAP tidak rasis apabila projek perumahan kos rendah atau mampu milik di Pulau Pinang oleh agensi kerajaan pusat tidak diberi kelulusan?. “Saya juga boleh kata DAP […]

KRITIK PKR, DAP : ANAK NIK AZIZ PUN KENA HENTAM

Sindiran dan kritikan ahli parlimen PAS Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bahawa PKR dan DAP seperti pencuri dan pembuli dikecam Pemuda PAS Kota Baru. Malah Ketuanya Dr Rosli Abdul Kadir menasihati anak Mursydul Am PAS itu supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP. Rosli berkata […]

Pemuda UMNO Kedah Dan Selangor Kecam Kenyataan Biadap Gooi Hsiou Leung

Kenyataan media ini dibuat berdasarkan kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar, YB Gooi Hsiou Leung pada 24 September lalu menyentuh beberapa perkara yang menyinggung perasaan rakyat Selangor: Perkara 1 KUASA SULTAN 1. Gooi Hsiou Leung menyarankan agar Menteri Besar Selangor baru, Mohamed Azmin Ali “membuat reformasi perlembagaan (negeri)” dengan mengurangkan kuasa DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin […]

Gubal akta khas lindungi kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu

Kerajaan didesak supaya menggubal satu akta khas bagi melindungi kemuliaan dan kesucian institusi Raja-Raja Melayu dengan memperuntukan hukuman berat terhadap mereka yang melakukan sebarang bentuk penghinaan. Melalui sidang akhbar bersama antara Pergerakan Pemuda UMNO Kedah dan Selangor di sini hari ini, kedua-dua pihak turut menggariskan enam lagi cadangan yang dirasakan perlu bagi menghalang perkara itu […]

Sindiket Godam Mesin ATM Guna Virus – Pengarah JSJK Bukit Aman

Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai ‘ulssm.exe..’ untuk mengeluarkan wang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata, virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam. “Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM […]

Bandar Kajang Dilanda Banjir

KAJANG: Hujan lebat yang berlaku pada petang Isnin mengakibatkan banjir di bandar Kajang. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman berkata, hujan selama lebih sejam yang bermula sejak pukul 4.30 petang menyebabkan paras air naik dengan cepat. Kali terakhir Kajang mengalami banjir pada 2011.