Enam Nelayan Hilang Sejak 15 Hari Lalu Ditemui Selamat Di Perairan Vietnam (video)

Enam nelayan dari Dungun, Terengganu yang dikhuatiri hilang sejak 15 hari lalu ditemui selamat. Bot mereka hanyut ke perairan Vietnam, kira-kira 350 batu nautika dari Kuala Dungun, Terengganu. Nelayan terbabit ditemui dalam dalam keadaan keletihan selepas 7 hari terputus bekalan makanan.    

Hina Islam Di Laman Sosial – Polis Perlu Bertindak Segera Elak Berleluasa (video)

Lagi laman sosial dijadikan saluran lepaskan kemarahan babitkan isu perkauman. Individu pertama memuat naik status kerana marah dengan laungan azan di pagi hari. Yang dikatakan menganggu waktu tidurnya. Namun tidak dapat dipastikan bila status berkenaan dimuat naik. Juga di laman sosial Facebook; Individu kedua pula – memuat naik statusnya ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa […]

Krisis MB Selangor: Bekas S/U Politik MB Kedah Dedah Keburukan PKR

CURAHAN RASA MANTAN SETIAUSAHA POLITIK : MB KEDAH Berikut adalah satu luahan yang dikatakan datang dari bekas Setiausaha Politik Allahyarham Ustaz Azizan, bekas MB Kedah yang tersebar di laman media sosial yang merupakan respon dari sindiran-sindiran sinikal yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin PKR terhadap kepimpinan PAS baru-baru ini; “Saya tak berhasrat membuka pekung atau […]

Krisis MB Selangor: Pemimpin PAS-PKR Buka Pekung

Kemelut politik di Selangor membabitkan kedudukan Menteri Besar dilihat sebagai pembuka jalan perpecahan antara sekutu pakatan pembangkang. Terbaharu, pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing membuka pekung antara satu sama lain dengan mengambil contoh pentadbiran kerajaan negeri Kedah di bawah Pakatan Rakyat (PR) selepas PRU 2008. Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, […]

Krisis MB Selangor: Khalid Jumpa Nik Aziz Minta Restu?

Walaupun sedang berhadapan dengan tekanan supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih berkesempatan meraikan Aidilfitri dengan mengunjungi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kunjungan sesama pemimpin politik walaupun daripada parti berlainan merupakan amalan biasa, namun peluang yang digunakan Abdul Khalid sempena sambutan hari raya kali ini memberi tafsiran berbeza. “Berkunjung […]

Zayn Malik One Direction Terima Ugutan Bunuh Isu ‘Tweet’ Konflik Gaza #FreePalestine

AHLI kumpulan One Direction, Zayn Malik menerima ugutan bunuh daripada peminatnya yang kecewa terhadap beliau kerana menulis tentang isu klonflik di Gaza di Twitter. Penyanyi berusia 21 tahun itu berkongsi hastag #FreePalestine (#BebasPalestin) di akaun Twitternya yang mempunyai seramai 13 juta pengikut. Tweet Zayn Malik diulang tweet (retweet) sehingga 130,000 kali. Sebaik sahaja dia memuat […]

Krisis MB Selangor: Ahli Bocor Rahsia, PAS Tak Mahu Bertanggungjawab – Dzulkefly

PAS enggan bertanggungjawab terhadap kenyataan kontroversi ahlinya yang dibocorkan menerusi media sosial berhubung cadangan supaya parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR). Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti itu tidak seharusnya dipersalahkan terhadap mana-mana pandangan peribadi ahlinya kerana ia tidak mencerminkan pendirian sebenar mereka. “PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa […]

Krisis MB Selangor: Penjelasan Isu Whatsapp AJK PAS Pusat Bocor – Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Kesyahduan hari terakhir Ramadan semalam telah dicemarkan oleh tindakan segelintir pihak dalam PAS, membocorkan maklumat perbincangan yang sangat sulit dan rahsia dalam kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat. Tindakan tersebut telah membangkitkan ‘fitnah yang sedang tidur’ pada hari yang sepatutnya ditumpukan kepada ibadah sebagaimana nasihat al-Mursyid al-Am PAS. Tindakan membocorkan maklumat perbincangan itu dipercayai dilakukan oleh […]

KrisisMB Selangor: ‘Pengkhianat’ Porak-Perandakan PAS

Pembocoran maklumat sulit berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat disifatkan sebagai perbuatan khianat di saat banyak pihak meramalkan perpecahan bakal berlaku dalam pakatan pembangkang selepas Aidilfitri. Kesal dengan kebocoran maklumat rahsia berkenaan, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan individu yang menjadi dalang dalam parti itu jelas dibuat […]