#PRKTelukIntan: BN Menang

TELUK INTAN: Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.076 pada Sabtu dengan majoriti tipis sebanyak 238 undi. Calonnya, Datuk Mah Siew Keong, 53, memperoleh 20,157 undi, menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang mendapat 19,919 undi. Jumlah undi rosak ialah sebanyak 543 undi. Keputusan itu […]

Dua Mangsa Culik Di Semporna Dibebaskan

Semporna: Dua wanita yang didakwa diculik dari sebuah resort di Sabah pada April lalu telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa negara ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara ini melalui akaun Twitternya setelah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jumaat. “Saya baru sahaja diberi taklimat oleh PDRM bahawa dua wanita yang diculik […]

Mangsa Tetak Berlari Satu Kilometer Tanpa Sebelah Tangan

KOTA BAHARU: Seorang lelaki berlari sejauh satu kilometer tanpa sebelah tangan untuk menyelamatkan diri selepas ditetak dua lelaki di Bukit Temalong, Bachok Rabu lalu. Kejadian berlaku kira-kira 8.45 malam ketika Izani Razali, 43, dari Besut, Terengganu baharu pulang daripada rumah ibu saudaranya di Bachok dengan motosikal sebelum didatangi dua lelaki yang menetaknya sehingga tangannya terputus […]

#PRKTelukIntan: Petugas DAP didakwa panggil pengundi India Paria (video)

Seorang lelaki India berang dengan tindakan petugas DAP yang didakwanya bertindak biadap memanggil pengundi India ‘Paria’ ketika berkempen merayu undi petang tadi.[Lihat video di ruangan video agendadaily] Kejadian yang berlaku di pekan Teluk Intan itu bermula sekitar jam 5.30 – 6.00 petang, kecoh apabila lelaki India tersebut berang sejurus selepas digelar ‘Paria’ oleh petugas wanita […]

#PRKTelukIntan: Pilih Parti Atau Calon

TELUK INTANĀ  — Sama ada parti atau calon yang mendominasi pilihan pengundi Teluk Intan, perkara itu bakal diketahui Sabtu apabila lebih 60,000 penduduk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu. Tempoh berkempen selama 12 hari yang bakal tamat tengah malam Jumaat menyaksikan parti-parti politik melalui tempoh bertenang semalam sempena menghormati kemangkatan Almarhum […]

Hadi Awang Dikejarkan Ke Hospital

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dikejarkan ke hospital Istanbul, Turki, malam Jumaat setelah mengalami masalah pernafasan. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Setiausaha Politik Hadi Awang telah mengesahkan perkara itu setelah beliau dihubungi. “Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden di Istanbul, Turki. “Beliau […]

Kerajaan perlu tegas hukum penyiar berita palsu di internet – Bekas KPN

Kerajaan perlu lebih tegas dalam menghukum pihak tidak bertanggungjawab yang menulis dan menyiarkan berita palsu di Internet, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Bercakap pada dialog penerangan bertajuk ‘Media Sosial-Antara Pembohongan dan Realiti’ di sini hari ini, beliau berkata undang-undang mengenai penyebaran maklumat palsu serta kawalan internet di negara ini adalah baik […]

Tanpa Hudud, Sweden & New Zealand Tetap Selamat – Asri

BANGI: Memastikan kebajikan masyarakat Islam tidak hanya terletak kepada undang-undang semata-mata, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. “Negara-negara seperti New Zealand dan Sweden tidak mempunyai hudud tetapi negara-negara tersebut selamat kerana ia tidak sekadar bergantung kepada undang-undang. “Ia memerlukan masyarakat dan tadbir urus moral yang baik dan sudah tentu pemerintah yang baik,” katanya pada […]

PRK Teluk Intan: Nga Kor Ming Tercedera ‘Tendangan’ Tak Menjadi Terhadap Buku Promosi Calon BN

TELUK INTAN: Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming terseliuh pergelangan kaki selepas cuba menendang buku kecil ketika menyampaikan ceramah di atas pentas di Taman Perindustrian Anson pada Isnin. Nga mengeluarkan buku kecil tersebut yang mempromosikan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong dan melambungkannya ke udara sebelum melompat untuk […]

Raja Nazrin Sultan Perak Yang Baru

KUALA KANGSAR — Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytihar sebagai Sultan Perak yang baharu. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah. Keputusan melantik […]