Kematian Akibat Denggi Meningkat 263%

Kes dan kematian akibat denggi terus meningkat dengan ketara. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, 29 kematian dilapor iaitu peningkatan 263 peratus. Manakala lebih 16,300 kes denggi dilaporkan sejak Januari sehingga 22 Februari, berbanding tempoh sama tahun lalu. Dalam satu kenyataan, sejumlah 580 lokaliti wabak dikenalpasti masih aktif di 12 negeri. Antaranya 354 lokaliti […]

Anwar Dan Khalid Tidak Serasi

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaaan Persekutuan bagi penstrukturan semula industri air Selangor semalam, tanpa memaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan tiada penyelarasan dan koordinasi antara kedua-dua pemimpin itu. Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan Khalid mempunyai keberanian dalam berpolitik kerana tidak membincangkan […]

Eksklusif: Beberapa Pemimpin PKR Mahu Tetapkan Nilai Aset Air – Khalid

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa terdapat pemimpin-pemimpin parti dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba untuk mempengaruhi terhadap penilaian aset air di negeri itu. Beliau berkata, beberapa pemimpin parti telah memperkenalkannya kepada beberapa pihak yang cuba untuk membuat kes mereka mengenai mengapa penentuan harga aset air perlu lebih tinggi. “Saya pernah menjadi […]

Adenan Satem Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Sarawak

KUCHING: Tan Sri Adenan Satem, 70, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima pada Jumaat. Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu selama 33 tahun, menjadikannya sebagai ketua menteri paling lama di negeri itu. Adenan menerima watikah perlantikan daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin […]

Mat Said menang kes saman fitnah oleh ADUN PAS dan Harakah

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menang kes saman fitnah melibatkan ADUN PAS Syed Azman Syed Ahmad Nawari, akhbar Harakah dan dua yang lain. Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah binti Yop yang memutuskan bahawa Ahmad Said berjaya membuktikan kes fitnah terhadapnya oleh defendan-defendan terbabit. Mahkamah kemudiannya memutuskan gantirugi am dan teladan […]

MOU Penstukturan Air Selangor: Teknologi Membran PR Hanya Ilusi

Setelah kejang segala otot dan lenguh segala sendi rakyat Selangor kerana telah berminggu-minggu terpaksa mengangkut ‘air percuma’, akhirnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menelan juga ludah sendiri dengan menandatangani MOU penstukturan air dengan kerajaan persekutuan. MOU yang ditandatangani semalam menggariskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihan (LRAL2) sepertimana yang termaktub dalam MOU bertarikh […]

KHUTBAH JUMAAT – “TANGGUNGJAWAB MENJAGA AKAL”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Pada hari Jumaat yang penuh dengan barakah dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Mudah-mudahan kita menjadi umat yang […]

SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB PEMBANGKANG PUNCA KRISIS AIR

Tiga tahun dahulu Kerajaan Pusat memberi amaran bahawa kawasan Lembah Kelang bakal berhadapan dengan krisis air yang teruk sekiranya Projek Penyaluran Air Menth dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak disiapkan menjelang 2014. Malah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), sudahpun menjangka krisis air mungkin berlaku di Wilayah […]

TYT Sarawak, Pembangkang Double Standard – Fadillah Yusof

Ketua Pemuda Parti Pusaka Bumi Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap pembangkang yang tidak konsisten berhubung prinsip yang kononnya diperjuangkan. Beliau mengulas tindakan DAP Sarawak yang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kucing bagi menghalang cadangan perlantikan Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Beliau menegaskan tindakan pembangkang itu sebenarnya cuba untuk menindakkan […]