Tiga Jemaah Baru Pulang Menunaikan Haji Maut Di LPT

Waris tiga jemaah haji yang menemui ajal dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini awal pagi ini tidak menyangka saat yang ditunggu-tunggu dengan penuh gembira bagi menyambut kepulangan mereka dari tanah suci bertukar pilu. Dalam kejadian 3.40 pagi di Km210.2, LPT dekat Gambang itu, van yang membawa pulang lima jemaah haji ke Kuantan […]

Bekas Ketua Pengarah Imigresen Dijatuhi Hukuman Penjara 6 Tahun

Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 ringgit setelah didapati bersalah menerima rasuah RM60,000 lima tahun lalu. Keputusan itu dibuat Hakim Rosbia-Hanin Arifin selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan 12 bulan sekiranya gagal […]

Peruntukkan RM400,000 Bagi Pembangunan Madrasah Mazahirul Ulum – TPM

Dalam pada itu Tan Sri Muhyiddin mengumumkan peruntukkan sejumlah RM400,000 bagi pembangunan Madrasah Mazahirul Ulum di Bukit Choras. Daripada RM350,000 diperuntukkan bagi menyempuranaan pembinaan blok baru, manakala RM50,000 lagi akan digunakan bagi memperbaiki laluan menghubungkan madrasah itu, dengan jalan utama. Tambah Tan Sri Muhyiddin, kerajaan juga menyediakan peruntukkan sehingga RM50,000 dalam Bajet 2014, bagi memperkasakan […]

Tahukah Anda?: DAP Itu Mak Bapak Lim Guan Eng Punya!

Kemelut dalaman Parti DAP berterusan dan bertambah kusut dari sehari ke sehari. Parti yang sering mendabik dada sebagai lebih cekap, lebih telus, bijak dan amanah berbanding Barisan Nasional itu ternyata tidak mampu menyaingi BN walaupun sebesar hama. Bayangkanlah pemilihan parti yang hanya melibatkan lebih kurang 2,000 orang sahaja kelam kabut sehingga terpaksa dikira semula dan […]

Pelajar perempuan hilang sebelum ke sekolah

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar perempuan hilang ketika dalam perjalanan ke sekolah semasa berhenti membuang air di tandas Masjid Ar-Rahman di sini semalam. Fatin Afifah Mohd. Fadzli, 16, sebelum itu membonceng motosikal ditunggang abangnya, Mohd. Amirul Mukhlis, 17, untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, kira-kira pukul 7.15 pagi semalam. Ibunya, Zarina Mohd. Noor, 39, […]

Produk ‘Majun Dua Istimewa’ berbahaya: Kementerian

Kementerian Kesihatan menasihati pengguna agar tidak membeli dan mengguna produk tradisional tidak berdaftar dikenali ‘Majun Dua Istimewa’ yang didapati mengandungi racun berbahaya. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata ujian mendapati produk itu mengandungi ‘dexamethasone’ yang antara lain boleh mengakibatkan penyakit berkaitan hati serta kegagalan fungsi buah pinggang akut jika diambil tanpa […]

Pemandu Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Lebuhraya KL-Seremban

Sebuah kenderaan hilang kawalan dan nyaris merempuh beberapa kenderaan lain. Kejadian berlaku berikutan pemandunya diserang penyakit jantung dan meninggal dunia. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang semalam di Kilometer 1.3, Lebuhraya Kuala Lumpur Seremban arah pusat bandaraya. Siasatan awal polis mendapati, kereta mangsa yang tidak dikawal, terbabas dan bergesel ke arah tembok pembahagi jalan. Mujur […]

Mayat Jarwati, mangsa banjir lumpur Sungai Bertam ditemui

Mayat wanita Indonesia yang dihanyutkan air dalam kejadian banjir lumpur selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet, di Cameron Highlands 23 minggu lepas, ditemui Isnin. Mayat Jawarti Abdul Rahim, 24, ditemui dalam timbunan kayu dan sampah sarap di tepi Sungai Bertam kira-kira 2km dari tempat dia dilaporan hilang. Ketua […]

Banduan Yang Baru Dibebaskan Tikam Mati Isteri Di Kundang, Selangor

Bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara 2 minggu lalu menikam isterinya hingga mati. Mangsa, K.Murugamal 36 tahun ditikam di rumah pekerja Ladang Bukit Darah Kundang, Sungai Buloh kira-kira jam 8.20 malam tadi. Ketika kejadian, suami mangsa dikenali sebagai M.Pugumeswaran pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Berlaku pertengkaran antara mereka yang dipercayai akibat cemburu sehingga […]

Kecoh Di Internet Akaun Facebook Sepadan Suspek Bunuh Pegawai Ambank

Pengguna internet telah terjumpa akaun Facebook kononnya milik seorang suspek dikehendaki kerana membunuh Pegawai Operasi Ambank Norazita Abu Talib dan merompak bank, minggu lepas. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, polis percaya bahawa Facebook itu milik suspek dan mereka sedang memantaunya. Menurut maklumat yang dipaparkan pada halaman, lelaki itu tinggal di Petaling […]