SMS Speaker Bukti Kerajaan Selangor ‘Caca Marba’ – @nohomar

KUALA SELANGOR: Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Teng Chang Khim menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)kepada Exco pada persidangan DUN, membuktikan kerajaan pakatan pembangkang itu ketika ini berada dalam keadaan “caca-marba”. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mendakwa tindakan Teng itu jelas menunjukkan kesemua pemimpin kerajaan negeri pimpinan Parti […]

@NajibRazak : Jangan Lakukan Perkara Yang Menyentuh Sensitiviti Kaum Dan Agama

BERA, 31 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak tidak melakukan apa juga perkara yang dilihat boleh menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini. Beliau berkata ianya merupakan satu prinsip yang perlu dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak di negara ini. “Apa pun, kita tidak hendak (perkara sentuh […]

Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Didakwa Miliki Ph.d Palsu

PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah China (Dong Zong), Dr Yap Sin Tian didakwa membeli membeli ijazah kedoktoran (Ph.d) palsu di Internet. Penulis blog ‘Stop The Lies’ mendakwa dia mempunyai cukup bukti bahawa Yap membeli ijazah tersebut dan beliau telah memperdaya ramai pihak terutamanya dalam isu melibatkan pendidikan Cina di negara ini. “Dalam tempoh […]

Umno P.Pinang Beri Tempoh Dua Minggu Kepada Lim Jawab Isu Bayan Mutiara

NIBONG TEBAL — Umno Pulau Pinang memberi tempoh dua minggu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk memberikan jawapan tepat berhubung isu penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata pihaknya akan menimbang tindakan injunksi mahkamah atau langkah lain bagi menghalang pembangunan di tanah itu […]

Jamil Khir Beri Tempoh 14 Hari Kepada Ketua AMK Tarik Balik Kenyataan

YAN — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan Jamil Khir menahan permohonan qazaf berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke Mahkamah Syariah. Jamil Khir berkata sekiranya dalam tempoh […]

Durian Runtuh Untuk Peneroka Sempena Penyenaraian FGVH Diumum Pada Mei – @NajibRazak

BERA, 31 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membuat pengumuman pada Mei depan yang disifatkannya sebagai “durian runtuh” kepada para peneroka bersempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Perdana Menteri berkata pengumuman itu disifatkan beliau bakal membuatkan para peneroka “tersandar, rebah dalam kejutan”. “Banyak mana? Saya tak akan umumkan hari ini. […]

Kabinet Lulus Dana Tambahan PTPTN Sebanyak RM6 Bilion Bagi Tahun 2012-2013

KUALA LUMPUR  — Kerajaan telah meluluskan penambahan dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM6 bilion bagi tahun 2012 dan 2013, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata permohonan daripada kementeriannya itu telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Kabinet semalam memandangkan penting dan relevannya tabung itu bagi membiayai pengajian pelajar institusi […]

Media jadi perantara – @NajibRazak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, media akan dicop sebagai tidak berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan sekiranya gagal untuk memainkan peranan sepatutnya sebagai cerminan nurani, aspirasi, denyut nadi dan keluh kesah rakyat dengan menyebarkan maklumat secara adil dan tepat. Perdana Menteri berkata, media sebaliknya perlu menjadi pendidik, mampu memberi advokasi dan mencetuskan debat terhadap […]

Dua Rakan Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Bendera Parti Politik

TANAH MERAH  — Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam tadi. Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena […]

Sarawak cadang penubuhan universiti teknologi di Sibu

SIBU: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata kerajaan bercadang menubuhkan sebuah universiti teknologi di Sibu bagi menampung keperluan tenaga kerja Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE). Berucap pada sambutan ulangtahun ke-110 SMK Methodist Sibu di sini, malam tadi, beliau bagaimanapun tidak menyatakan butiran lanjut berhubung penubuhan universiti tersebut. Namun, beliau menyeru semua […]