Anwar Sokong Israel Sebab Dana

GA – Menarik mesyuarat koordinasi malam tadi di kalangan pimpinan PKR. Sambil tengok AJL, sebab Ketua Cabang Parit Sulong bertanding; mereka berbincang banyak perkara yang melibatkan koordinasi menjelang pilihanraya. Antara isu yang ditimbulkan adalah keperluan bajet menjelang kempen PRU nanti. Ramai yang memberikan pendapat. Rata-rata mengakui, keperluan bajet sekurang-kurangnya DUA KALI GANDA daripada bajet tahun 2008. […]

Suhakam Gesa Kelantan Selesaikan Segera Masalah Orang Asli

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan Kelantan agar menyelesaikan segera masalah membabitkan masyarakat Orang Asli di negeri itu. Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata kerajaan negeri Kelantan perlu melindungi hak Orang Asli di negeri mereka, terutama dalam aspek hak tanah nenek moyang dan hak kehidupan kaum itu. “Sehubungan itu, Suhakam menggesa semua kerajaan […]

SPR gugur 42,025 nama daftar pemilih yang diragui

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggugurkan seramai 42,025 orang yang diragukan statusnya daripada senarai daftar pemilih selepas tempoh semakannya tamat hari ini. Pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata demikian pada sidang media selepas majlis taklimat khas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini, sebentar tadi.

Anwar Akrab Dengan Yahudi – Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel. Dr Mahathir juga membidas bekas timbalannya itu yang selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia. Beliau mendakwa ketua pembangkang itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak […]

Kenyataan Anwar Mengenai Israel Mengejutkan

Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel. “Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin. Abughoush berkata oleh kerana Palestin menjadi […]

Permohonan peguam Anwar dikena tindakan hina mahkamah

Peguam kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain membuat permohonan kepada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur untuk mengeluarkan perintah tunjuk sebab mengapa peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak perlu dikenalan tindakan menghina mahkamah selepas mereka berjalan keluar ketika prosiding mahkamah masih berlangsung pada Isnin. Peguam Jamil, Roslizam Rahim […]

Semangat Setia Kawan Di Sitiawan Sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

Sesuai dengan namanya yang dikatakan berasal daripada perkataan “setia kawan”, Sitiawan yang dipilih menjadi tuan rumah Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina Sabtu ini menjadi platform bagi memupuk semangat setia kawan rakyat Malaysia. Terletak berhampiran Beruas dan Bota, Sitiawan yang mempunyai penduduk terdiri daripada kaum Melayu, India dan Cina dilihat sebagai pilihan yang tepat […]

Penduduk Kampung Bunga Raya Mogok Lapar Tagih Janji PKR

Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini melakukan mogok lapar Ahad sebagai bantahan terhadap kerajaan Selangor yang gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka. Memulakan mogok lapar pada 9 pagi, keluarga yang mengandungi lebih 100 anggota itu mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi […]

Peningkatan subsidi gula untuk kurangkan beban rakyat

Langkah kerajaan meningkatkan subsidi gula daripada 20 sen sebelumnya kepada 54 sen bertujuan mengurangkan bebanan rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, dakwaan yang dilemparkan pembangkang kononnya ia bertujuan memancing sokongan rakyat kerana pilihan raya umum (PRU) dijangka tidak lama lagi merupakan satu tohmahan. “Itu adalah […]

Borang pinjaman SARA 1Malaysia diedar Isnin

Golongan berpendapatan rendah boleh mendapatkan borang untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dari Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai Isnin ini. Presiden yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata mereka yang layak berpeluang […]