Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Malaysia berisiko menghadapi aliran keluar pelaburan oleh pelabur asing di dalam bon-bon kerajaan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) berjumlah RM33 bilion tahun ini sekiranya FTSE Russel bertindak “downgrade” Malaysia dan mengeluarkan Malaysia daripada indeks bon global.

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Risiko RM33 bilion akan dibawa keluar oleh pelabur asing.

Tahun lepas sahaja, sejak Pakatan Harapan jadi kerajaan, aliran keluar pelaburan portfolio (pasaran saham dan bon) mencecah lebih RM43.352 bilion.

Sebelum PH jadi kerajaan, negara mencatatkan aliran masuk pelaburan dalam pasaran kewangan. Ini datanya:

Suku pertama 2018: Aliran masuk RM8.062 bilion
Suku kedua 2018: Aliran keluar RM37.194 bilion
Suku ketiga 2018: Aliran keluar RM3.641 bilion
Suku keempat 2018: Aliran keluar RM2.517 bilion

Jangan ingat aliran keluar pelabur asing dan kejatuhan pasaran kewangan saham dan bon ni takde kesan kepada anda semua. Kalau anda ada simpanan ASB, Tabung Haji, mencarum KWSP anda semua pasti akan terkesan dengan perkembangan pasaran kewangan negara sejak tahun lepas. Dividen, bonus dan hibah akan jadi lebih rendah. Kadar faedah bon kerajaan akan meningkat dan menyebabkan kos pinjaman kerajaan juga meningkat dan seterusnya pembayar cukai akan terpaksa menanggung bebanan ini melalui pengenalan lebih banyak cukai.

Sebelum PH jadi kerajaan duit masuk, lepas PH jadi kerajaan duit keluar.

Tatkala pasaran kewangan negara-negara lain seluruh dunia meningkat, pasaran kewangan negara kita jatuh disebabkan pelabur asing yang angkat kaki blah dari Malaysia untuk melabur di tempat lain.

Kenapa agaknya?

Masihkah mereka nak menyalahkan faktor luaran? Ataupun nak menyalahkan BN?

Rujukan:

1. Malaysia faces up to RM33b outflow risk if bonds dropped from global index, says Maybank Kim Eng – The Edge Markets: https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-faces-rm33b-outflow-risk-if-bonds-dropped-global-index-says-maybank-kim-eng

2. Malaysia Balance of Payments: Bank Negara Monthly Statistical Bulletin: http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2019/2/xls/3.6.xls

3. The World’s Worst Major Stock Market Is Really, Really Boring
https://www.bloomberg.com/amp/news/articles/2019-04-15/malaysia-s-stock-market-keeps-missing-out-on-the-global-rally

4. Malaysia’s Stock Market Is Asia’s Only Loser of 2019 – Bloomberg
https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-03-11/politics-sent-malaysia-stocks-up-now-u-turns-as-doubts-emerge

Sudah lah Daim, harta yang ada balun atas nama Bumiputera dan UMNO

Kalau Tun Daim boleh tunjuk kepada rakyat macam mana beliau ada duit sampai boleh buka bank di Afrika selepas berhenti jadi Menteri, maka saya fikir usahawan Bumiputera akan dengar cakap beliau.

Tun Daim juga kena jelaskan berapa harta UMNO yang dikembalikan selepas beliau berhenti jadi Bendahari dan “bergaduh” dengan Tun Mahathir ketika itu. 😂

“Hang balun bisnes atas nama Bumiputera kemudian nak sembang kencang. Pigiidah”

Kerajaan tidak boleh tolong usahawan bumiputera okaylah, next election kita tukar kepada yang boleh tolong. Apa ada hal. 😂

Rujukan:
Usahawan Bumiputera tak boleh bergantung bantuan kerajaan untuk berjaya – Daim
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/553013/usahawan-bumiputera-tak-boleh-bergantung-bantuan-kerajaan-untuk

http://pakdin.my/tag/daim-zainuddin

Perbicaraan Najib: Pendakwa dan Pembela minta tangguh perbicaraan besok

Murid-murid sekelian, proses perbicaraan ini sememangnya memenatkan kepala hotak kedua-dua pihak, tak kira Pendakwaan atau pembelaan.

Mental dan fizikal kena kuat kerana kita kena fokus terhadap setiap patah perkataan yang diucapkan, kena berfikir dan berhujah pada masa yang sama serta harus meneliti setiap dokumen yang di kemukakan dan sebarang kesilapan walaupun kecil boleh mengundang padah yang besar di akhirnya.

Oleh itu adalah sesuatu yang biasa untuk mana-mana pihak memohon penangguhan kes dan atas budibicara Hakim selepas mempertimbangkan sebab permohonan penangguhan, maka penangguhan akan di benarkan.

Saya teringat ketika mengendalikan kes Kamal Hisham Jaafar setahun yang lepas, ketika saya menaiki penerbangan balik ke Kuala Lumpur, saya tertidur sebelum pesawat berlepas dan hanya di kejutkan pramugari selepas tiba di Subang selepas pesawat telah kosong.

Saya tak rasa langsung proses penerbangan itu kerana penat sangat.

Jadi janganlah kita nak menganjeng kata pihak ni takut nak Bicara lah, pihak sana asyik tangguh la, asalkan ada asas maka sewajarnya Kita berehat sebentar sap kok lu.

Dan berkaitan pengesahan cek-cek yang sedang di buat sekarang, itu adalah proses biasa setakat mengesahkan kewujudan transaksi.

Yang bestnya nanti apabila di panggil saksi-saksi untuk memberitahu Mahkamah sebab apa pembayaran itu di buat.

Samada sebab yang menyalahi undang-ubdang atau atas sebab yang sah mengikut undang-undang.

Paling best bila saksi salah titik perpuluhan, patut clear kan cek RM3.5juta tapi pergi tunaikan RM3500 saja.

Peguam pasti suka kejadian ini kerana bank pun boleh silap titik perpuluhan, mesti ada silap lain lagi akan di korek.

Maka Nantikan episod bicara ini seterusnya, mesti ada yang akan terkena nanti.

Nak mintak tangguh ni Tommy Thomas terer.

Sebab dalam kes Sivil pun sama boleh mintak tangguh dan yang bab ni dia pakar.

Bab kendali Bicara jenayah, dia tak tau apa.

Tu yang kena sub job kat kawan-kawan dia dari swasta tu.

Ada pegawai dalaman AGC dia tak berapa percaya.

Org Najib katanya.

Oleh Buzze Azam

……..
Rujukan:
https://m.malaysiakini.com/news/472699

http://pakdin.my/tag/src-international

Perbicaraan Najib: ‘Saksi Koyak’

Di kalangan Peguam, kami panggil saksi DPP sebegini sebagai saksi koyak.

Penolong Pendaftar SSM boleh jawab tak tahu tentang proses dokumentasi SSM?

Mana-mana Peguam akan menyerang kredibiliti saksi DPP.

Dan bila jumpa saksi Koyak macam ini, kebanyakan Peguambela akan tersenyum gembira.

Mungkin Penolong Pendaftar SSM ini baru tiga hari start kerja kot.

Kalau dah tau begitu, kenapa panggil budak baru kerja jadi saksi kes profile tinggi begini?

Panggillah bos dia.

Ni lah dia bila lantik AG yg takde pengalaman handle kes jenayah.

Sitambaram senyum je legal fee dia di bayar juga.

Bazir duit Kerajaan je.

Oleh Buzze Azam

…………….

Saksi akui tiada pengetahuan khusus proses pemfailan SRC kepada SSM

Pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini memaklumkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan khusus berkaitan proses pemfailan syarikat SRC International Sdn Bhd yang dikemukakan kepada suruhanjaya itu.

Penolong Pendaftar SSM Muhamad Akmaludin Abdullah, 35, berkata apa yang beliau nyatakan dalam mahkamah hari ini adalah berdasarkan apa yang tertera dalam dokumen yang dirujuk kepadanya oleh peguam Harvinderjit Singh.

Pada prosiding hari ini, Harvinder, yang mewakili bekas perdana menteri Najib Razak, merujuk tiga dokumen tambahan membabitkan SRC International serta Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) dan yang mengandungi butiran lanjut mengenai semua individu yang pernah menjadi pengarah YR1M.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim sama ada saksi itu mempunyai pengetahuan khusus mengenai syarikat-syarikat yang berdaftar dengan SSM, Muhamad Akmaludin berkata; “Tidak.”

Beliau berkata demikian pada hari kedua perbicaraan Najib berhubung kes membabitkan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Suhaimi: Dalam keterangan kamu sebelum ini, ketika kamu dirujuk dengan pelbagai dokumen oleh peguam bela, keterangan yang kamu berikan bukan daripada pengetahuan kamu sendiri?

Muhamad Akmaludin: Betul.

Suhami: Apa yang kamu nyatakan adalah daripada apa yang tertera dalam dokumen?

Muhamad Akmaludin: Betul.

Suhaimi: Adakah kamu tahu bagaimana selok-belok pemfailan sesuatu dokumen dan mengapa ia dikemukakan sedemikian?

Muhamad Akmaludin: Saya tidak tahu.

Terdahulu, saksi pertama pendakwaan itu berkata beliau tidak ingat jumlah syarikat yang telah berdaftar dengan SSM.

Ketika diminta Suhaimi untuk menganggarkan berapa jumlah syarikat yang berdaftar dengan SSM, saksi itu menjawab: “anggaran berjuta.”

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Anggota Parlimen Pekan itu, yang merupakan Perdana Menteri Keenam Malaysia, didakwa melakukan kesemua kesalahan di AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan dan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos dan 10 Feb 2015.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung petang ini. – Bernama

……..
http://pakdin.my/tag/src-internatonal

Pendakwa perlu buktikan Najib tahu wang dalam akaun sumber haram – Shafee Abdullah

Pendakwaan kes SRC International ke atas Najib Razak perlu membuktikan bekas perdana menteri itu bersubahat dalam dakwaan pemindahan wang haram ke dalam akaunnya, kata ketua peguam bela Shafee Abdullah.

Bercakap kepada pemberita selepas perbicaraan itu ditangguhkan hari ini, Shafee berkata penerimaan wang dalam akaun tidak bererti individu pemilik akaun itu tahu punca wang berkenaan.

“Ada banyak transaksi. Isunya ialah, adakah Najib tahu perkara sebenar yang terjadi?

“Adakah dia tahu… Sama ada wang yang masuk dalam akaunnya adalah dari sumber haram? Itu premis asas.

“Hanya kerana wang masuk dalam akaun saya (contohnya), tidak bererti saya tahu dari mana wang itu. Kerana ada banyak individu yang terlibat,” katanya kepada pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Shafee berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perbicaraan hari ini berhubung tuduhan ke pecah amanah dan pengubahan wang haram ke atas Najib melibatkan dana dari SRC International, iaitu beks syarikat subsidiari 1MDB.

“Pendakwaan perlu menunjukkan bahawa dia (Najib) bersubahat dan sebahagian daripada konspirasi,” katanya.

Awal hari ini, prosiding yang diadakan di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendengar keterangan daripada dua saksi iaitu pembantu pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Muhamad Akmaludin Abdullah dan pegawai eksekutif Bank Negara Malaysia Azizul Adzani Abdul Ghafar.

Dalam perkembangan perbicaraan hari ini, Shafee berkata setakat ini belum ada pendedahan selain dokumen yang tidak dipertikaikan.

“Perbicaraan hari ini tak banyak perkembangan, mereka hanya kata mereka sudah pergi bank dan dapatkan dokumen tertentu,” kata Shafee.

Perbicaraan ditangguhkan pukul 9 pagi esok selepas timbalan pendakwa raya V Sithambaram memaklumkan mahkamah bahawa proses membuat salinan dokumen pihak pembelaan Najib mengambil masa yang lebih daripada yang dijangkakan.

http://pakdin.my/tag/src-international

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Bekas pakar perunding kanan forensik dan patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, 62, berkata keadaan itu berlaku atas dua faktor iaitu Muhammad Adib terkejut dengan serangan tersebut atau mangsa mengalami kesakitan yang terlampau.

Beliau pada masa sama berkata anggota bomba itu juga mungkin tidak berdaya untuk melawan individu yang menariknya.

“Mungkin dia sedar ketika ditarik, bergerak tetapi dia tidak melawan, meronta-ronta. Tiada reaksi,” katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Koroner pada hari ke-27 prosiding inkues dijalankan.

Beliau berkata demikian apabila ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah tentang keadaan anggota bomba itu ketika diseret.

Saksi ke-29 itu berkata anggota bomba tersebut berkemungkinan diseret dan bukti terdapat di bahagian punggung seluar celoreng yang dipakai Muhammad Adib.

Beliau berkata kesan debu kotoran yang melekat pada seluar juga boleh membuktikan mangsa diseret.

“Lihat seluar, ada kotoran dan kesan seretan. Fabrik juga berbulu-bulu dan ada benang jahitan putus,” katanya yang turut memeriksa secara teliti seluar celoreng Muhammad Adib.

Muhammad Adib yang juga anggota EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lepas dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara.

Inkues bagi menentukan punca kematiannya bersambung esok. — Bernama

http://pakdin.my/tag/muhammad-adib

Wanita bebas pilih, bincang isu tudung, ‘hanya sehelai kain atas kepala’ kata Latheefa Koya

Wanita harus bebas memikir dan memilih sama mereka mahu bertudung atau sebaliknya kerana pemakaian itu tidak “mencerminkan akhlak yang mulia”.

Merujuk forum “Wanita Melayu dan Buka Tudung”, peguam Latheefa Koya berkata perbincangan isu buka atau pakai tudung juga tidak menjadikan penonton “terus luntur imannya”.

“Biarlah orang nak bincang kenapa dia buka tudung atau pakai tudung. Tidak bermakna orang yang dengar atau hadiri forum itu akan terus luntur imannya,” katanya di Facebook hari ini.

“Janganlah mencerminkan orang Islam itu terlalu rapuh dan obses kepada bentuk badan, dan rambut, dan seks,” kata bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR lagi.

Tidak setuju Islam hanya berasaskan pemakaian, Latheefa berkata tudung pada zaman ini “hanya sehelai kain atas kepala” yang belum tentu menjadikan seseorang “alim”.

Sabtu lalu, Gerak Budaya menganjurkan forum itu sempena pelancaran buku Unveiling Choice karya aktivis Maryam Lee Abdullah berkaitan pengalaman menanggalkan tudung.

Menerima kecaman pelbagai pihak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan.

Tunai manifesto dalam enam bulan? ‘Hanya jual aset’

Datuk Zaid Ibrahim mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mungkin dapat menunaikan janji manifesto dalam tempoh enam bulan.

“Enam bulan untuk penuhi manifesto? Tidak mungkin. Anda tahu, PH ini takut kepada pembuli,” tulis bekas menteri di Twitter hari ini.

“Jadi, anda tidak akan dapat IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis), kerajaan kepada rakyat, pemansuhan undang-undang keselamatan, perubahan pendidikan tinggi, dan lain lain”.

Beliau mengulas kenyataan bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin yang menyebut PH memerlukan enam bulan lagi untuk tunaikan janji pilihan raya.

“Apa yang anda akan dapat adalah lebih banyak jualan aset,” kata yang pernah berkempen untuk PH pada pilihan raya umum tahun lalu tetapi kini menjadi pengkritik kerajaan.

……………..
Rujukan:
Beri enam bulan lagi untuk PH buat kerja – Daim
http://www.utusan.com.my/berita/politik/beri-enam-bulan-lagi-untuk-ph-buat-kerja-daim-1.882562

Kebakaran hotel di Songkhla: 3 rakyat Malaysia masih terima rawatan

Kebakaran hotel itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.

TIGA rakyat Malaysia masih menerima rawatan di hospital susulan terlibat dalam kejadian kebakaran di sebuah hotel di Sadao, Songkhla, Jumaat lalu (12 April).

Ketiga-tiga mangsa termasuk sepasang suami isteri kini menerima rawatan di Hospital Hatyai.

Seramai 15 orang rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kebakaran pada 8.25 pagi (waktu tempatan) itu.

Ketua Polis Pelancongan Wilayah Songkhla Kol. Pol. Dr Sannya Niampradit berkata ketiga-tiga mangsa berusia antara 61 dan 54 tahun mengalami sesak nafas yang teruk akibat asap tebal dalam kejadian itu.

“Mereka kini dalam keadaan stabil dan mereka tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

“Mereka dijangka dibenarkan pulang dalam sehari dua lagi,” katanya. – BERNAMA

Buai elektrik ragut 32 nyawa bayi ditarik balik dari pasaran

SYARIKAT pengeluar permainan kanak-kanak, Mattel membuat panggilan balik terhadap alat tidur bayi Fisher-Price Rock N’ Play Sleeper yang dijual di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand.

Jurucakap Mattel berkata alat tidur bayi itu tidak lagi dijual di pasaran Australia sejak 2012.

Pihak Mattel mengesahkan panggilan balik itu terpaksa dilakukan kerana meletakkan keselamatan kanak-kanak sebagai keutamaan tertinggi mereka selama hampir 90 tahun.

“Sejak kebelakangan ini, beberapa soalan dibangkitkan tentang keselamatan Rock ‘n Play Sleeper. Kami berpegang kepada keselamatan produk kami.

“Bagaimanapun, selepas beberapa insiden dilaporkan melibatkan produk itu digunakan bertentangan dengan arahan dan amaran keselamatan, kami memutuskan untuk membuat pemanggilan balik Rock ‘n Play Sleeper secara sukarela dengan kerjasama Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna,” menurut kenyataan itu.

Pemanggilan balik secara rasmi itu dikeluarkan selepas Rock N’ Play Sleeper tidak lagi dijual oleh peniaga dalam talian di Australia.

Ia berikutan amaran oleh Suruhanjaya Pertandingan dan Pengguna Australia terhadap produk tersebut dan panggilan balik yang dijalankan di AS.

Fisher-Price Rock N’ Play Sleeper dikaitkan dengan 32 kematian bayi di AS dan disifatkan boleh membawa maut oleh Akademi Pediatrik Amerika.

Sebelum pemanggilan balik itu diumumkan secara rasmi oleh Fisher-Price Mattel, Rock N’ Play Sleeper sudah berhenti dijual oleh laman e-dagang seperti Amazon, Fishpond dan Ubuy Australia. – News AU